
SETIAP jemaah yang pulang dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji wajar diraikan dengan penuh hormat.
Kepulangan mereka bukan sekadar kembali dari sebuah perjalanan jauh, tetapi membawa keberkatan dan semangat rohani yang suci.
Berdasarkan perkongsian pengguna akaun Facebook Yusniza Yusof baru-baru ini, kepulangan jemaah haji sebaik-baiknya disambut atau dijemput oleh ahli keluarga sendiri.
BACA LAGI: Jangan terus hukum, ibu bapa luang masa 15 minit selami hati anak remaja selalu memberontak
Doa dan keberkatan jemaah haji penting untuk ahi keluarganya. — Gambar hiasan/Facebook
Dia juga sempat berkongsi pengalamannya ketika baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas selesai menunaikan haji.
"Kami sampai dah malam dan mak, ayah, adik beradik, keluarga ipar ada yang tinggal di Lembah Klang.
"Tetapi saya tak nak susahkan mereka dan buat keputusan untuk naik kenderaan e-hailing.
"Sebelum itu, ada ceramah di Madinah oleh seorang ustaz dan mutawwif. Antara coretan ceramah itu adalah tentang kepulangan jemaah.
"Katanya, apabila bertemu dengan orang yang baru balik haji, maka hendaklah bersalaman dengannya, peluk dan mintaklah dia mendoakan supaya ALLAH ampun kan kita," tulisnya.
Tambahnya, perkara itu juga sebaiknya dilakukan sebelum jemaah tersebut melangkah masuk ke dalam rumah.
"Sebab orang yang haji mabrur, doanya tidak ditolak. Jadi, saya terus beritahu keluarga.
"Alhamdulillah, ramai keluarga datang jemput. Mak, ayah, adik beradik kami semua ramai datang.
"Kalau ada keluarga yang balik haji, jemputlah mereka di lapangan terbang. Mohon mereka doakan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram