Aktiviti berkebun, ternak ayam, cara Meghan didik anak erti sabar, hargai makanan


  • Bonda
  • Isnin, 23 Jun 2025

Meghan menjadikan hobi berkebun sebagai salah satu pendekatan mendidik anak-anaknya menghargai makanan, sekali gus berkongsi bersama komuniti. — Agensi

BEKAS pelakon popular Amerika Syarikat (AS), Meghan Markle menjadikan hobinya berkebun sebagai salah satu pendekatakan dalam mendidik anak-anaknya aktiviti sosial.

Membawa gelaran Duchess of Sussex selepas berkahwin dengan Putera Harry, cucu kepada Ratu Elizabeth II dari Britain, Meghan dan seisi keluarganya kini menetap di California, Amerika Syarikat (AS) usai berundur daripada tugas rasmi kerabat diraja British pada 2020.

Berkongsi hal itu menerusi temu bual podcast baru-baru ini, aktiviti tersebut disifatkan pendidikan yang efektif bantu membentuk karakter dan pemikiran anak-anak sejak usia kecil.

BACA LAGI: Virus musuh dalam selimut, bayi bawah usia 2 tahun risiko dijangkiti RSV

BACA LAGI: Tengku Puteri Jihan angkat warisan tekstil Malaysia ke pentas antarabangsa, Jihans Studio sertai UCA Grad Show 2025

"Kami menanam banyak sayur dan saya mahu anak-anak belajar bahawa berkebun mengajar mereka erti sabar, menghargai makanan dan memahami proses sesuatu perkara dari awal," jelasnya.

Beliau dalam masa sama turut menekankan bagaimana berkebun boleh dijadikan landasan terbaik untuk anak-anaknya memahami nilai ekonomi.

"Selepas dituai, mereka (anak-anak) boleh memilih sama ada ingin menjual, berkongsi dengan komuniti atau menyimpan.

"Di situ mereka mula faham tentang konsep harga, wang dan nilai usaha," katanya.

Gaya hidup sederhana

Dalam podcast tersebut, Meghan turut menjelaskan bahawa kehidupan mereka kini lebih tenang dan fokus kepada kebersamaan keluarga.

Aktiviti seperti menternak ayam dan mengutip telur menjadi rutin yang menyeronokkan buat mereka seisi sekeluarga.

"Bila pagi dimulakan dengan aktiviti seperti ini, ia benar-benar mempengaruhi suasana harian anda dan menjadi perkara yang menarik buat kanak-kanak mahupun dewasa," tambahnya.

Inspirasi ibu bapa

Dengan latar belakang sebagai figura diraja dan selebriti, Meghan Markle kini memberi fokus kepada kehidupan keluarga dan aktiviti komuniti sosial, termasuk pendidikan awal kanak-kanak.

Pendekatannya dalam mendidik anak dengan melibatkan mereka secara langsung dalam aktiviti luar seperti berkebun memberikan inspirasi kepada ibu bapa di seluruh dunia.

"Dalam dunia moden yang serba digital, mengajar anak untuk menyentuh tanah, bersabar dan menghargai hasil usaha sendiri adalah pelajaran yang tidak ternilai," ujarnya mengakhiri perbualan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram