
SATU momen mengharukan tercipta pada sebuah majlis graduasi sekolah menengah di Lyndon Center, Vermont, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang pelajar wanita tampil memberi penghormatan kepada bapa tirinya.
Menggunakan nama keluarga tiri ketika majlis penyerahan sijil, David Muir cukup tersentuh dengan situasi itu dan gagal menahan sebak ketika acara tersebut berlangsung baru-baru ini.
Situasi itu menunjukkan betapa kuatnya ikatan kekeluargaan terjalin walaupun dibesarkan oleh bapa tiri sejak kecil.
BACA LAGI: Mengandung luar rahim kali ke-2, Sari Yanti tabah, rayu doa pembedahan jalan lancar
BACA LAGI: Bantu bayi tidur berkualiti, Intan Najuwa antara amal kaedah 'sleep training' buat Imane Lunara
Memperkenalkan dirinya bukan dengan nama asal, pelajar tersebut sebaliknya memilih menggunakan nama bapa tirinya sebagai penghargaan buat insan yang telah banyak berkorban menjaganya.
Momen menyentuh hati itu disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh daripada hadirin pada majlis graduasi berkenaan.
Meraih perkongsian hangat di laman sosial, rata-ratanya cukup terkesan dengan hubungan erat terjalin antara dua beranak itu yang disifatkan sangat akrab dan wajar dicontohi.
Situasi itu membuktikan bahawa nilai cinta dan kasih sayang tidak semestinya datang dari genetik DNA yang sama, sebaliknya ia boleh dibentuk melalui jalinan serta ikatan ikhlas sesama individu.
Kejutan tersebut adalah simbol ikatan kasih sayang yang mendalam antara kedua-dua individu berkenaan.
Walaupun tiada hubungan pertalian darah, David Muir telah membesarkan anak tirinya sejak kecil dengan penuh tanggungjawab, kasih sayang dan pengorbanan yang cukup untuk dianggap sebagai 'bapa mithali'.
Menerusi satu temu bual, keluarga tersebut mengakui bahawa kejutan itu tidak dirancang dan David Muir langsung tidak mengetahui akan perkara tersebut.
"Dia berada di sisi saya sepanjang masa dan saya mahu nama saya melambangkan siapa yang membentuk saya," kata pelajar tersebut kepada wartawan.
Momen itu bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi ia menjadi satu tanda kasih dan penghargaan sesama anggota keluarga.
Bagi David Muir, pengiktirafan itu merupakan hadiah paling berharga dan menjadi bukti bahawa kasih sayang bukan sahaja boleh dibentuk melalui pertalian darah, tetapi juga menerusi kehadiran, sokongan dan pengorbanan sebagai bapa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram