
BERDIAM diri bukan semestinya tidak peduli atau peka. Namun, bagi kebanyakan lelaki, sikap tersebut merupakan satu bentuk mekanisme untuk mengawal diri apabila berada dalam konflik.
Tindakan itu bagaimanapun sering disalah anggap sebagai tanda menjauhkan diri, tidak mahu berbincang dengan baik atau secara kasarnya ego.
Mengulas lanjut, seorang peguam dengan menggunakan akaun Facebook Zee How Tai berpandangan bahawa ia merupakan ruang peribadi atau me time yang sangat penting bagi kaum lelaki.
BACA LAGI: Lebih 100 koleksi fesyen milik Puteri Diana dilelong, ada gaun cecah harga RM1.3 juta
Secara ironi, lelaki disifatkan sering mengambil langkah mendiamkan diri dalam berdepan dengan kebanyakan situasi. — Gambar hiasan/Agensi
Menurutnya, ia juga perlu difahami oleh kaum hawa apabila berdepan dengan situasi tersebut.
"Kalau suami anda sampai rumah, dia tak terus masuk tetapi duduk dalam kereta 10, 20 atau 30 minit jangan marah atau fikir bukan-bukan.
"Jangan sesekali fikir dia mesej perempuan lain, tertekan nak masuk rumah atau hilang rasa cinta.
"Dia lelaki, tunjang rumah dan tak boleh tunjuk kelemahannya. Dia tak boleh menangis, mengadu, muram sepanjang malam.
"Sebab isteri akan kehilangan keyakinan, anak akan kehilangan kehormatan kepadanya," tulisnya.
How Tai berkata, lelaki juga mempunyai tekanan tersendiri, masalah dengan kawan, majikan, pekerja, kewangan, tanggungjawab, risiko dan sebagainya.
Katanya, meskipun ia boleh dibantu atau diselesaikan oleh sesama ahli keluarga, namun proses mengulangi masalah yang dihadapi itu adalah faktor yang semakin menambah tekanan.
"Dia perlukan me time, dengar lagu kesukaannya, dalam kereta kesukaannya, dalam ruangan sendiri, baca Facebook dan media sosial lain.
"Biar dia cari benda yang boleh tenteramkannya, selesa dalam ruangan peribadi, tanpa kerja dan interaksi lain.
"Selepas tenteramkan diri, dia bolehlah tutup enjin, masuk rumah dengan senyuman atau kemuraman dikurangkan.
"Jangan selalu ada pemikiran 'saya isteri awak, takkan awak tak boleh nak kurangkan tekanan sebab saya teman awak?'," jelasnya.
Tambahnya, persefahaman emosi dalam rumah tangga wajar dibina dengan memberi ruang kepada pasangan supaya mereka lebih merasa difahami dan disayangi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram