Lebih 100 koleksi fesyen milik Puteri Diana dilelong, ada gaun cecah harga RM1.3 juta


  • Gaya
  • Khamis, 12 Jun 2025

Gaun pengantin yang direka oleh David dan Elizabeth Emanuel untuk mendiang Puteri Diana yang dipamerkan. — Agensi

KOLEKSI fesyen terbesar yang terdiri daripada gaun warna-warni, beg tangan, topi dan kasut milik mendiang Puteri Diana akan dilelong pada acara Julien's Auctions pada Jun ini.

Jualan 'Princess Diana's Style & A Royal Collection' secara langsung dalam talian itu akan berlangsung pada 26 Jun nanti di The Peninsula Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama Julien's Auctions, Martin Nolan berkata, ia merupakan lelongan terbesar barangan Puteri Diana kerana ia menawarkan lebih 100 koleksi menarik yang pernah dipakainya.

BACA LAGI: [VIDEO] Nama nelayan wanita Madleen diabadikan di kapal bantuan Gaza

BACA LAGI: [VIDEO] 'Suprise' ulang tahun tukar duka, isteri, anak terkejut temukan bapa terbujur kaku di dalam bilik

A Bruce Oldfield yellow floral dress is seen next to an Belville Sassoon floral day dress on display in 'Princess Diana's Style & A Royal Collection', the largest collection of the Princess of Wales' fashion ever to appear at auction in history, at a public exhibition in The Museum of Style Icons, in Newbridge, Ireland, June 9, 2025. REUTERS/Clodagh Kilcoyne

Antara koleksi gaun dan kasut milik Puteri Diana yang akan dilelong. — Agensi

Pada 1997, Puteri Diana juga pernah menjual lebih 70 koleksi gaunnya untuk mengumpul dana bagi pertubuhan badan amalnya.

"Antara tarikan utama adalah gaun sutera bercorak bunga rekaan Bellville Sassoon dari 1988 yang juga digelar 'gaun prihatin' kerana sering dipakai mendiang ketika lawatan ke hospital dengan anggaran harga antara sekitar RM847,400 hingga RM1.3 juta (AS$200,000 hingga AS$300,000).

"Gaun malam sutera krim bersulam rekaan Catherine Walker yang dipakai semasa lawatan jelajah Gulf pada 1986 juga dijual dengan anggaran harga yang sama.

"Manakala, satu set pakaian bercorak bunga kuning rekaan Bruce Oldfield yang dipakai untuk acara Royal Ascot pada 1987 pula dianggarkan bernilai RM423,700 hingga RM847,400 (AS$100,000 hingga AS$200,000)," katanya.

Barangan lain termasuk beg tangan jenama Dior yang dihadiahkan oleh bekas wanita pertama Perancis, Bernadette Chirac pada 1995, lakaran gaun perkahwinan Puteri Diana dari 1981 beserta cebisan fabrik tulle (jaring nipis, halus, buatan mesin daripada asetat, nilon, rayon atau sutera) daripada gaun asal, dan topi yang dipakai semasa beliau berbulan madu.

Lelongan itu turut menampilkan barangan milik kerabat diraja British lain termasuk mendiang Ratu Elizabeth II dan ibunya.

Nolan berkata, Julien’s Auctions sebelum ini pernah menjual sehelai gaun milik Puteri Diana pada harga RM4.83 juta (AS$1.14 juta).

"Orang ramai kini menganggap barangan seperti ini sebagai satu bentuk aset kerana jika mereka memilikinya hari ini, besar kemungkinan nilainya akan meningkat dan boleh dijual pada harga lebih tinggi di masa akan datang," katanya.

Tambahnya, separuh hasil daripada jualan barangan milik Puteri Diana juga akan disalurkan kepada badan kebajikan Muscular Dystrophy United Kingdom (UK). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram