Takut hantar anak ke 'playschool', enggan berpisah, ramai ibu kongsi tip 'separation anxiety' demi perkembangan si kecil


  • Bonda
  • Rabu, 11 Jun 2025

Prasekolah atau tadika membantu meningkatkan perkembangan sosial anak-anak. — Gambar hiasan/Agensi

SISTEM pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia kini berubah dengan sangat pantas.

Seiring dengan perubahan itu, kebanyakan ibu bapa membuat keputusan untuk menghantar anak mereka ke tadika atau playschool sebagai usaha memberi pendedahan awal sebelum melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Bagaimanapun, terdapat segelintirnya terutama yang baru bergelar ibu bapa mempunyai ketakutan untuk 'berpisah' dengan anak kecil mereka.

Keadaan itu juga dapat dipanggil sebagai separation anxiety yang merujuk kepada rasa cemas dialami oleh ibu ketika berpisah dengan anak terutama ketika usianya masih kecil.

BACA LAGI: Ketahui personaliti anda wanita riang, pemalu, berkerjaya dengan 6 gaya galas beg tangan

BACA LAGI: Kurang vitamin D ketika hamil mungkin penyebab anak autisme, ADHD

Separation anxiety adalah normal bagi kalangan ibu yang pertama kali berpisah dengan anak mereka. — Gambar hiasan/Agensi

Namun, ia ternyata perkara normal dan sering terjadi ketika ibu untuk menjalani rutin harian atau bekerja setelah melahirkan. 

Ia juga berlaku pada seorang pempengaruh kecantikan di media sosial, Nur Salihah Aimuni atau lebih dikenali sebagai Sally yang bimbang untuk menghantar anak pertamanya ke prasekolah.

"Ibu-ibu, Ean bulan depan dah boleh masuk playschool, tetapi aku macam takut.

"Nak juga masukkan dia ke playschool, pada masa sama takut dia menangsi semua," tulisnya di aplikasi Thread sambil meminta beberapa cadangan untuk mengatasi rasa tersebut.

Melihat keadaan itu, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan situasi tersebut.

Mengulas lanjut, pengguna akaun @kakakpokok menasihatkan Sally untuk mengubah pandangan dan cara berfikir ketika menghantar anak ke sekolah.

"Tukar POV (point of view) Sally, hantar anak untuk pandai bersosial, komunikasi, faham arahan, boleh selesaikan isu rangsangan, belajar kemahiran motor, dan banyak lagi.

"Ini saranan daripada ibu anak tiga yang ada masalah speech delay, autism," kongsinya.

Manakala, pengguna akaun @fiyasafiyya pula menyarankan beberapa tip yang perlu dilakukan Sally selepas menghantar anaknya.

"Jangan spam cikgu banyak kali dalam sehari untuk tanya anak baik atau tidak.

"Lepas hantar terus pulang dan jangan menghendap anak macam pencuri.

"Jangan terlalu cerewet dan bertolak ansur kalau ada kecederaan yang tidak libatkan unsur penderaan," sarannya.

Bagi pengguna @_fzaaa pula, ibu bapa boleh menunggu anak untuk beberapa minit di dalam kereta sebelum pulang atau ke tempat kerja.

"Kalau nak tunggu sekejap pun boleh, macam saya pertama kali hantar anak tiga tahun pergi playschool, mesti anak menangis.

"Cikgu bawa masuk kelas atau pujuk dahulu dan dah tak menangis baru saya gerak balik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram