
FESYEN dan gaya tidak dapat dinafikan sering dikaitkan dengan ciri keperibadian.
Membawa beg tangan mungkin terlihat normal bagi wanita, namun cara menggayakannya mampu menentukan personaliti.
BACA LAGI: Kurang vitamin D ketika hamil mungkin penyebab anak autisme, ADHD
Gaya beg seperti itu bergantung kepada keadaan atau situasi dilalui si pemakai. — Gambar hiasan/Agensi
1. Beg di bahu sebelah tangan rapat ke badan
Pakar bahasa badan Amerika Syarikat (AS), Kathlyn Hendricks berkata, individu yang lebih suka membawa beg di atas satu bahu dan dirapatkan ke badan adalah lebih praktikal.
Menurutnya, ia menunjukkan bahawa si pemakai mengutamakan kebebasannya ketika bergerak.
Dalam bahasa mudah, mereka sentiasa mengambil kira motif di sebalik setiap tindakan dan keputusan dilakukan.
Gaya itu juga menunjukkan wanita tersebut lebih berhati-hati kerana berasa tidak selamat di kawasan persekitaran.
Karakter bebas dan yakin seorang wanita dengan gaya beg itu. — Gambar hiasan/Agensi
2. Beg sebelah bahu dihayun bebas
Jika cenderung menggalas beg di sebelah bahu dengan keadaan berayun dan terbuka, ia bermakna anda sedang berasa selesa.
Ia juga menunjukkan personaliti individu tersebut yakin dan mudah berterus-terang.
Pada asasnya, ia merupakan gaya yang memaparkan sosok gadis baik dan tidak sombong.
Golongan muda atau kanak-kanak perempuan juga sering menggayakan beg sedemikan. — Gambar hiasan/Agensi
3. Silang beg di hadapan
Tindakan itu mempamerkan gaya seorang wanita yang berhati-hati, pendiam atau pemalu.
Gaya memakai beg sedemikian juga disifatkan sebagai amaran kepada orang lain bahawa wanita tersebut tidak bersedia untuk berbual.
Bukan itu sahaja, gaya tersebut turut berkait rapat dengan langkah keselamatan bagi sesetengah individu terutama apabila berada di kawasan 'panas' atau sering berlaku jenayah seperti rompakan atau kecurian.
Gaya beg silang di belakang badan. — Gambar hiasan/Agensi
4. Beg silang belakang
Wanita yang lebih gemar menggayakan beg dengan cara itu ternyata merupakan seorang ceria dan sukakan kelainan.
Fikiran mereka juga lebih tertumpu pada matlamat atau hala tujuan berbanding bimbang tentang perkara biasa seperti harta benda.
Menggalas beg di celah siku juga memaparkan imej elegan. — Gambar hiasan/Agensi
5. Beg di celah siku
Kebiasannya, gaya tersebut sering dibawakan oleh wanita bangsawan sebagai perhiasan diri.
Daripada aspek estetika, gaya itu menunjukkan wanita tersebu berstatus tinggi dan mempunyai gaya hidup mewah.
Ia juga merupakan gaya pilihan seseorang yang mahu menonjolkan beg mereka.
Pegangan beg dengan cara itu boleh memberi keyakinan dan minat yang tinggi dalam dunia fesyen.
Gaya wanita bekerjaya yang sering memegang beg di tangan. — Gambar hiasan/Agensi
6. Pegang beg atau dompet di tangan
Membawa beg atau dompet dengan gaya tersebut dapat menyampaikan kepentingan kerjaya seseorang wanita.
Dengan membawa beg seperti itu, bukan sahaja menunjukkan ia sekadar aksesori, tetapi bermaksud anda seseorang yang bekerja dengan serius terutama dalam menjalankan perniagaan.
Bagaimanapun, kesemua gaya itu juga bergantung kepada situasi semasa atau mood seseorang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram