
'SATU keluarga nangis because he made it, my strong baby Ayden'.
Demikian luahan selebriti popular, Bella Astillah, terharu dan berbangga pencapaian anak sulungnya, Ayden Adrean, 8, yang berjaya menamatkan cabaran renang sejauh 400 meter (m) di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi pada Ahad.
Merupakan pengalaman kali pertama menyertai pertandingan sedemikian, Ayden difahamkan hanya menjalani latihan seminggu sebelum bertanding dan membuktikan dirinya mampu melakukan aktiviti mencabar tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Tampil unik, jurusolek popular India dandan rambut pengantin perempuan replika ikan
BACA LAGI: [VIDEO] Selepas bersalin, suami hadiahkan Fila rumah baharu, anggap 'rezeki anak'
Kagum dengan semangat juang dipamerkan, Bella akui dirinya yang cukup trauma dengan air gagal menahan sebak melihatkan keberanian Ayden yang sama sekali tidak gentar membelah lautan bergelora tersebut.
"My son’s first ever swimming competition 400 meters in the sea with just over a week of training, memang sangat takut sampai tak terkeluar suara, air mata yang keluar.
"I didn’t know if he could do it but he did, he swam with all his heart and made it to the finish.
"As someone who can’t even swim sebab trauma and dark memory, watching my baby in the sea felt like my heart was outside my body but he was brave, strong and determined. And he finished it," ciapnya di laman instagram pada Isnin.
Terkini, karier Bella yang semakin melonjak naik sebagai penyanyi turut mencuri perhatian apabila menjalin kolaboratif istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda menerusi lagu Lebih Indah Berpisah baru-baru ini.
Meskipun sibuk dengan kerjaya seninya, wanita kelahiran Sabah itu sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata.
Terbaharu, penampilan Ayden yang turut menyanyikan lagu tersebut bersama ibunda tercintanya mencuri perhatian warga maya yang amat mengagumi bakat nyanyian dimiliki anaknya itu.
Disifatkan sebagai seorang ibu yang sangat penyayang dan bijak membahagikan masa bersama anak-anak, maka tidak hairanlah mengapa peminat menggelarnya sebagai ibu mithali.
Dalam pada itu, video kejayaan Ayden di Langkawi meraih pujian ramai khususnya golongan ibu bapa yang amat menggalakkan aktiviti renang dalam kalangan kanak-kanak.
Dikatakan mampu memberikan pelbagai manfaat fizikal, mental dan emosi, aktviti ataupun sukan air itu amat disarankan untuk dilakukan seawal usia muda.
Berikut merupakan antara kebaikan aktiviti renang terhadap si kecil:
1. Keselamatan dan pencegahan risiko lemas
Mengajar anak berenang sejak awal dapat mengurangkan risiko lemas, terutamanya bagi kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun.
Kemahiran ini membolehkan mereka sekurang-kurangnya bertindak balas dengan lebih baik serta cepat dalam situasi kecemasan dalam air.
2. Perkembangan fizikal dan motorik
Renang melibatkan pergerakan hampir kesemua otot tubuh yang mampu membantu menguatkan otot, meningkatkan kelenturan, dan memperbaiki postur badan.
Aktiviti ini juga melatih koordinasi dan keseimbangan, yang penting untuk perkembangan motorik kasar kanak-kanak.
3. Kecerdasan kognitif dan emosi
Gerakan renang merangsang aliran darah ke otak, meningkatkan fungsi kognitif seperti daya ingatan dan konsentrasi.
Selain itu, berenang dapat meningkatkan keyakinan diri dan membantu kanak-kanak mengatasi ketakutan terhadap air.
4. Kesihatan jantung dan paru-paru
Sebagai latihan kardiovaskular, renang memperkuatkan fungsi jantung dan paru-paru selain turut meningkatkan kapasiti pernafasan, serta sistem peredaran darah yang sihat.
5. Pencegahan obesiti
Renang membakar kalori secara efektif dan membantu mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak.
Aktiviti ini juga mengurangkan tekanan pada sendi yang menjadikannya antara pilihan senaman yang selamat dan menyeronokkan buat si kecil.
Justeru, kajian pakar mencadangkan agar kanak-kanak diperkenalkan kepada renang seawal usia setahun, dengan syarat mendapat kebenaran doktor.
Dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan, renang bukan sahaja aktiviti rekreasi tetapi juga pelaburan dalam kesihatan dan perkembangan anak-anak dan amat digalakkan untuk menjadikan ia sebagai sebahagian daripada rutin aktiviti keluarga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram