[VIDEO] 'Mungkin ada memori fotografik', budak Hulu Terengganu baru 8 tahun sudah kenal bendera dunia


  • Bonda
  • Selasa, 03 Jun 2025

Umar dengan yakin menjawab bendera Netherlands merangkumi warna merah, putih dan biru.

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun dari Hulu Terengganu, Terengganu mencuri perhatian ramai selepas kepintarannya mengenal pasti pelbagai jenis bendera negara di seluruh dunia tular di media sosial.

Budak lelaki dikenali sebagai Umar itu muncul dalam satu video dimuat naik ke akaun Instagram milik @abangcrunch pada Isnin.

Video berkenaan memaparkan Umar menjawab soalan-soalan berkaitan bendera dengan penuh yakin dan petah.

BACA LAGI: Ibu bapa dipesan jangan beri telefon pintar kepada anak usia bawah 11 tahun

BACA LAGI: Pernah pokai sebab cetek akal soal wang, kini Celine Leong pakar berkongsi panduan kuasai kewangan peribadi

 

 

Antara yang ditanya termasuk warna bendera Netherlands, Sweden, Arab Saudi, Vietnam, Argentina, Nigeria, Turki, Mesir dan Malaysia, dengan semuanya dijawab tepat oleh Umar tanpa ragu-ragu.

Misalnya, apabila ditanya tentang bendera Netherlands, Umar dengan yakin menjawab ia merangkumi warna merah, putih dan biru.

"Untuk bendera Arab Saudi pula putih-hijau, Vietnam merah-kuning, Argentina biru-putih dan ada (bentuk) matahari di tengahnya," tuturnya.

Lebih mengagumkan, kanak-kanak berkulit hitam manis itu turut mengetahui kedudukan negara-negara tersebut mengikut benua.

Ketika ditanya Nigeria terletak di mana, Umar pantas menjawab, Afrika, manakala Turki terletak di benua Eropah dan Asia.

Warga maya turut meluahkan rasa kagum terhadap daya ingatan dan minat Umar dalam mengenal dunia luar sejak usia muda.

Ramai memuji didikan ibu bapa dan persekitaran yang mendorong kecenderungan positif kanak-kanak itu terhadap pengetahuan am, selain ada yang merumuskan Umar dikurniakan memori fotografik.

"Masha-ALLAH semuga menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan individu yang berjaya dunia dan akhirat. Mak cik doakan untuk Umar," tulis wahidahaghani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram