
BAGI kebanyakan pemilik rumah landskap hanya dianggap sebagai hiasan luaran ataupun sekadar pokok, rumput dan mungkin beberapa pasu bunga untuk mencantikkan halaman.
Namun, bagi MyDezine Venture, seni landskap adalah jauh lebih daripada itu.
Ia adalah tentang mencipta ruang menyatu dengan alam semula jadi, menyeimbangkan fungsi dan estetika, serta mencipta suasana memberi ketenangan, sekali gus privasi kepada pemilik rumah.
BACA LAGI: 'Saya terlalu penat', bapa gaji RM10,000 bergelut tampung kehidupan keluarga
Di sebalik setiap landskap memukau, terdapat pemilihan tumbuhan teliti, susunan bijak, penggunaan elemen seperti air dan tekstur yang memberi impak visual serta emosi.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri landskap, MyDezine telah membentuk reputasi sebagai pakar dalam mencipta landskap luar biasa yang bukan sahaja cantik dipandang, malah praktikal untuk pemiliknya.
Kelebihan utama landskap mampu mengubah persekitaran rumah menjadi tempat perlindungan menenangkan.
Membawa alam ke depan pintu rumah
Sebagai seorang pakar landskap dan juga pengasas Mydezine, Humaidi Habib melihat landskap sebagai ruang yang hidup bukan sekadar latar belakang untuk rumah.
"Landskap bukan sekadar pokok dan rumput.
"Ia merangkumi elemen lain seperti 'decking', kolam ikan, gazebo, malah ruang permainan untuk kanak-kanak," jelasnya.
Menurutnya, kelebihan utama landskap ialah kemampuannya untuk mengubah persekitaran rumah menjadi tempat perlindungan yang menenangkan, sesuai dengan kehendak dan gaya hidup pemiliknya.
Ini termasuk pemilihan tumbuhan tepat untuk iklim Malaysia yang panas dan lembap, serta penataan ruang strategik untuk memaksimumkan cahaya matahari.
Pemilihan tanaman yang betul kunci kepada landskap tahan lama dan mudah dijaga.
Memahami kelebihan dan cabaran landskap
Humaidi turut mengakui bahawa landskap di Malaysia sedang berkembang berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
"Permintaan untuk landskap semakin meningkat, tetapi ramai masih melihatnya sebagai sesuatu yang mahal atau rumit untuk dijaga," katanya.
Beliau menerangkan bahawa pemilihan tanaman yang betul adalah kunci kepada landskap tahan lama dan mudah dijaga.
"Pokok seperti calathea, heliconia, kemboja, dan alocasia sesuai untuk kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, manakala tumbuhan tropika lebih sesuai untuk kawasan terbuka yang menerima cahaya penuh," jelasnya.
Konsep minimalis dan elegan untuk mencipta ruang yang tidak hanya cantik, tetapi juga praktikal.
Minimalis dan elegan rahsia landskap moden
Dalam pendekatan reka bentuknya, Humaidi sering memilih konsep minimalis dan elegan untuk mencipta ruang yang tidak hanya cantik, tetapi juga praktikal.
"Kami cuba kurangkan penggunaan terlalu banyak material untuk memastikan ruang kelihatan kemas dan teratur," katanya.
Ini termasuk penggunaan 'decking' komposit tahan lasak untuk kawasan pejalan kaki dan pemilihan tumbuhan yang memerlukan sedikit penjagaan.
Elemen air untuk ketenangan
Air juga menjadi elemen penting dalam banyak projek landskap MyDezine.
"Kolam ikan atau air pancut bukan sahaja menambah nilai estetik, tetapi juga memberi ketenangan kepada pemilik rumah," katanya.
Bagi Humaidi, bunyi air yang mengalir boleh bantu mengurangkan tekanan dan memberi suasana damai, menjadikan rumah bukan sahaja tempat tinggal, tetapi juga tempat beristirahat.
Tip untuk pemilik rumah
Bagi pemilik rumah yang ingin membina landskap sendiri, Humaidi menekankan kepentingan memahami keperluan ruang dan memilih tumbuhan sesuai.
"Kenali apa yang anda mahu untuk ruang luar anda dan bekerjasama dengan kontraktor yang faham tentang pemilihan material dan pokok," nasihatnya.
Selain itu, elak kesilapan biasa seperti memilih pokok tidak sesuai untuk cuaca Malaysia atau menggunakan bahan yang mudah rosak akibat hujan dan panas.
"Contohnya, kayu biasa mungkin tidak tahan lama untuk 'decking' di Malaysia, jadi kami lebih suka menggunakan 'decking' komposit yang lebih tahan lasak," katanya.
Pemilik kediaman harus menitikberatkan kepentingan memahami keperluan ruang dan memilih tumbuhan sesuai.
Sentuhan peribadi untuk setiap projek
Setiap reka bentuk yang dihasilkan oleh MyDezine adalah unik, disesuaikan mengikut keperluan dan citarasa pelanggan.
"Kami tidak akan ulang reka bentuk yang sama untuk rumah yang berbeza," tegas Humaidi.
Ini memastikan setiap projek bukan sahaja eksklusif, tetapi juga mencerminkan identiti pemilik rumah.
Landskap bukan sekadar menambah nilai kepada rumah, tetapi juga memberi keselesaan, ketenangan, dan ruang untuk berinteraksi dengan alam.
Dengan pendekatan betul, setiap inci tanah boleh dihidupkan menjadi karya seni yang memberikan kepuasan selama bertahun-tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram