
BAGI ramai pemilik rumah, mengoptimumkan ruang bukan sahaja satu keperluan praktikal, tetapi juga sebahagian daripada seni susun atur yang bijak.
Dalam dunia reka bentuk dalaman pintu sering dianggap sebagai elemen asas, tetapi dengan sentuhan kreativiti ia boleh menjadi titik fokus yang memberi impak besar kepada estetika dan fungsi ruang.
Tidak kira sama ada tinggal di apartment kecil di bandar atau rumah bertingkat di pinggir bandar, memilih pintu yang menjimatkan ruang boleh memberikan perbezaan besar kepada keselesaan dan gaya hidup anda.
BACA LAGI: 'Saya terlalu penat', bapa gaji RM10,000 bergelut tampung kehidupan keluarga
Berikut adalah beberapa jenis pintu yang bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi juga menambah sentuhan unik kepada kediaman anda:
1. Pintu Gelangsar (Sliding Door)
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pintu gelangsar menjadi pilihan popular dalam rumah moden.
Tidak seperti pintu konvensional yang memerlukan ruang untuk ayunan, pintu gelangsar bergerak di sepanjang trek di bahagian atas atau bawah dinding.
Pintu gelangsar sering digunakan memisahkan ruang tamu dengan ruang makan.
Trek itu membolehkan lebih banyak ruang lantai untuk perabot atau dekorasi tanpa mengganggu laluan.
Pintu gelangsar juga sering digunakan untuk memisahkan ruang tamu dengan ruang makan atau penutup almari pakaian yang kemas.
Dengan pilihan material seperti kaca buram untuk kesan moden atau kayu bagi sentuhan klasik, pintu gelangsar mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep reka bentuk.
Pintu lipat sesuai untuk kawasan yang memerlukan pemisahan fleksibel.
2. Pintu Lipat (Bifold Door)
Bagi mereka yang menginginkan akses lebih luas tanpa mengorbankan ruang, pintu lipat adalah alternatif menarik.
Pintu lipat terdiri daripada beberapa panel terlipat ke satu sisi apabila dibuka, menjadikannya sesuai untuk kawasan yang memerlukan pemisahan fleksibel seperti ruang tamu bersambung dengan halaman luar.
Dengan reka bentuk berlipat yang ringan dan mudah dipasang, pintu lipat juga sering digunakan sebagai pemisah bilik atau penutup almari pakaian.
Pintu pocket memerlukan pengubahsuaian dinding sekali gus menjadikannya pilihan lebih mahal.
3. Pintu Poket (Pocket Door)
Jika anda benar-benar ingin menjimatkan ruang, pintu poket mungkin pilihan terbaik.
Berbeza dengan pintu gelangsar yang kekal kelihatan ketika dibuka, pintu poket 'hilang' ke dalam dinding, membolehkan kawasan kecil nampak lebih lapang dan terbuka.
Pintu poket menjadikannya ideal untuk tandas, bilik tidur kecil atau almari pakaian yang mana setiap inci ruang penting.
Namun, perlu diingat bahawa pemasangan pintu poket biasanya memerlukan pengubahsuaian dinding sekali gus menjadikannya pilihan lebih mahal namun berbaloi untuk ruang yang benar-benar terhad.
4. Pintu Barn (Barn Door)
Bagi peminat gaya rustic atau industrial, pintu barn menawarkan sesuatu yang unik dan mempunyai karakter tersendiri.
Terinspirasi daripada lumbung kuda tradisional, pintu itu bergerak di sepanjang trek luar yang memberikan penampilan dramatik tidak dapat disembunyikan.
Pintu Barn menawarkan sesuatu yang unik dan mempunyai karakter tersendiri.
Ia sering digunakan di dapur, bilik tidur atau pejabat rumah, menambah elemen rustic dengan kayu reclaimed atau gaya industrial dengan logam hitam.
Bukan sahaja menjimatkan ruang, pintu barn juga sentiasa menjadi topik menarik dalam mana-mana rumah dengan reka bentuk yang berani.
5. Pintu Pivot
Pintu pivot pula adalah pilihan yang lebih futuristik dan dramatik kerana ia berputar pada satu titik, biasanya di tengah atau tepi panel, menghasilkan gerakan yang menarik serta mewah.
Ia sering digunakan sebagai pintu utama atau pemisah ruang tamu dengan bilik makan, sekali gus memberikan pandangan pertama yang impresif kepada tetamu.
Dengan bahan seperti kaca tebal, kayu padu atau logam, pintu pivot bukan sahaja tahan lasak tetapi juga menyerlahkan rasa eksklusif kepada kediaman anda.
Pintu pivot sering digunakan sebagai pintu utama.
6. Pintu Accordion
Akhir sekali, pintu accordion atau pintu lipat gaya lama kini kembali popular dengan reka bentuk yang lebih moden dan fleksibel.
Ia sering digunakan sebagai pemisah ruang yang memerlukan bukaan luas tetapi kekurangan ruang lantai, seperti bilik mesyuarat atau studio seni.
Dengan panel ringan yang mudah dikendalikan, pintu itu menawarkan pelbagai pilihan material dari PVC hingga kayu untuk disesuaikan dengan tema rumah anda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram