'Sentuhan berlebihan tanda ayah sayang', ramai setuju bapa pegang paha anak perempuan tidak normal


  • Massa
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Sentuhan yang dilakukan oleh bapa terhadap anak perempuan boleh dianggap tidak normal sekiranya anak tersebut tidak berasa selesa. — Gambar hiasan/Freepik

MENGULAS mengenai sentuhan fizikal antara ibu bapa dan anak, perkara itu kedengaran biasa kerana melalui sentuhan, ia merupakan salah satu cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang selain mendidik.

Namun, terdapat beberapa situasi yang mungkin mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan si anak perempuan khususnya apabila bahagian tubuh badan tertentu disentuh oleh bapa.

Seorang pengguna Threads baru-baru ini menyuarakan kebimbangannya berhubung perkara tersebut dan hantaran itu mendapat ratusan komen.

BACA LAGI:'Bukan senang tembusi MIT', Leia Mayssa Masyerin buktikan Malaysia mampu lahir bakat hebat dalam STEM

BACA LAGI: Nampak seperti sakit biasa rupanya kanser, pakar pediatrik kongsi panduan kenal pasti anak-anak alami kanser

 

 

 

 

"Adakah normal kalau ayah pegang paha anak yang dah baligh? Saya rasa tidak selesa. Apabila marah, ayah hanya gelak dan ibu saya pula kata, itu pegang sayang. Papa rela buat apa sahaja untuk saya," luahnya.

Melihatkan kepada reaksi pengguna platform itu, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan bapa terlibat kerana perbuatan sebegitu dianggap luar daripada norma.

Salah seorang pengguna yang melontarkan pandangannya di ruangan komen berkata, ia bergantung kepada tahap keakraban antara anak dengan bapa.

"Macam saya, perbuatan ini normal sebab saya seorang sahaja puteri abah saya. Memang dari kecil jadi bantal busuk dia. Tetapi, ayah zaman sekarang kebanyakannya tidak boleh dipercayai. Kalau macam tidak rapat, kemudian nak pegang secara tiba-tiba, itu macam ada makna lain," kata Dayat.

Sementara itu, Aisyah Rassiddi juga berpendapat sama. Nasihatnya, individu terbabit perlu berterus terang dengan bapanya.

Sentuhan fizikal merupakan salah satu cara meluahkan rasa sayang. — Gambar hiasan/Freepik

"Sememangnya tidak normal, lebih-lebih lagi awak rasa tidak selesa. Mungkin awak kena bagitahu terus dekat ayah awak. Terus terang sahaja. Bagitahu ibu awak juga.

"Kalau dia (bapa) pegang paha ibu awak, ya, itu pegang sayang, tetapi awak ialah anak perempuannya," jelasnya.

Pengguna Adibah Mus turut menasihati si pengadu untuk lebih berhati-hati di rumah.

"Tidak normal. Jaga diri awak. Mungkin awak sudah boleh mula memakai pakaian longgar dan labuh. Banyak luangkan masa di dalam bilik.

"Kalau ibu awak tidak sensitif dengan situasi itu, awak tidak boleh bergantung kepadanya," tegasnya.

Dari sudut pandangan bapa pula, Nizam Ridzwan berkongsi bahawa beliau sudah tidak lagi melakukan sentuhan peluk atau cium, baik anak lelaki atau perempuan apabila mereka mula menginjak usia dewasa.

"Sebagai seorang bapa, saya dah tak peluk atau cium anak-anak lelaki dan perempuan saya apabila mereka dah dewasa. Walaupun anak perempuan seorang sahaja. Sekadar salam biasa kalau berjumpa. Jadi, pengganti mereka ialah cucu-cucu yang masih kecil," tulis beliau.

Seorang pengguna yang merupakan isteri kepada pegawai perubatan menyatakan, jika anak perempuan mereka mengalami masalah kesihatan, suaminya tetap akan menyuruhnya melakukan pemeriksaan. 

"Tidak normal. Suami saya ialah seorang doktor. Kalau nak periksa anak perempuan kami pun, dia minta saya lakukan dan saya akan terangkan apa isunya," komen Siti Khadijah Rais. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram