Terma penting dalam industri, ini 7 istilah fesyen patut diketahui


  • Maya
  • Jumaat, 16 Mei 2025

Istilah fesyen membantu untuk lebih menghargai seni dan budaya fesyen tempatan serta antarabangsa. — Gambar hiasan

KALAU anda pernah menonton siri Emily in Paris, anda mungkin sudah perasan bahawa dunia fesyen mempunyai bahasanya yang tersendiri.

Membaca majalah gaya hidup atau menonton pertunjukan peragaan sering kali memperkenalkan kita kepada istilah yang kedengaran asing tetapi penuh makna dalam dunia fesyen.

Jika anda pernah keliru dengan istilah-istilah ini, jangan risau! ini penjelasan ringkas tentang beberapa istilah fesyen klasik dan moden yang patut anda tahu.

BACA LAGI: Aksesori ilham pereka tempatan jadi obsesi, 5 'cult brand' ini mengumpul kelompok peminat tersendiri

BACA LAGI: AWAM rai kejayaan wanita dalam kepimpinan, sambut 40 tahun advokasi pemerkasaan kaum Hawa

1. Haute Couture

Istilah dari bahasa Perancis ini membawa maksud 'jahitan agung' atau 'fesyen tinggi'.

Ia merujuk kepada pakaian eksklusif yang direka dan dijahit sepenuhnya mengikut tempahan yang selalunya direka oleh jenama fesyen mewah.

Pakaian haute couture bukan sahaja mahal, malah terkenal dengan rekaan rumit, kualiti jahitan halus dan penggunaan fabrik mewah.

Di Malaysia, fesyen tempahan khas ini turut mendapat tempat terutamanya dalam rekaan baju pengantin dan busana tradisional eksklusif.

Prêt-à-porter boleh terus dibeli tanpa perlu diubah suai. — Gambar hiasan/Rizman Ruzaini

2. Prêt-à-Porter

Bermaksud 'sedia pakai' dalam bahasa Perancis, istilah ini merujuk kepada pakaian yang dihasilkan secara besar-besaran dan dijual dalam saiz standard.

Berbeza dengan haute couture, pakaian prêt-à-porter boleh terus dibeli dan dipakai tanpa perlu diubah suai.

Di Malaysia, jenama-jenama fesyen sering menggunakan istilah 'ready-to-wear' dalam koleksi mereka khususnya ketika musim perayaan.

Bespoke adalah pakaian yang dijahit khusus mengikut ukuran individu. — Gambar hiasan/Freepik

3. Bespoke

Berbeza dengan Prêt-à-Porter, 'bespoke' merujuk kepada pakaian yang dijahit khusus mengikut ukuran dan kehendak individu.

Ia sangat sinonim dengan dunia jahitan lelaki, terutama bagi mereka yang mahukan sut yang terletak sempurna di badan.

Pun begitu, banyak jenama fesyen menggunakan istilah itu dalam rekaan pakaian wanita.

'Capsule wardrobe' selalunya bermain dengan warna-warna natural. — Gambar hiasan/Freepik

4. Capsule Wardrobe

Konsep ini menekankan pemilihan pakaian asas yang berkualiti dan tidak lapuk ditelan zaman.

Warnanya pula terdiri daripada rona natural seperti hitam, putih dan coklat.

Tujuannya adalah untuk membina almari pakaian yang kecil tetapi versatil.

Sebagai contoh, blazer, seluar hitam, kemeja putih dan denim klasik yang boleh digayakan dalam pelbagai cara.

Gaya ini menggabungkan ciri maskulin dan feminin. — Agensi

5. Androgynous Fashion

Gaya androgynous menggabungkan elemen fesyen lelaki dan wanita dalam satu penampilan yang bebas daripada stereotaip jantina.

Ia menggalakkan ekspresi diri tanpa batasan gender.

Atelier merupakan bengkel pereka di mana pakaian mewah dihasilkan. — Agensi

6. Atelier

Atelier bermaksud bengkel atau studio pereka fesyen, biasanya tempat di mana rekaan eksklusif dicipta dan dihasilkan. 

Di Perancis, ia merujuk kepada tempat kerja pereka terkenal seperti Dior atau Chanel. 

Antara pakaian 'avant-garde' rekaan Melinda Looi. — Instagram/@melindalooi

7. Avant-Garde

Istilah ini menggambarkan gaya fesyen yang bersifat eksperimental, berani dan di luar dari kebiasaan. 

Fesyen avant-garde sering menolak sempadan norma dan membawa elemen seni dalam setiap helaian pakaian. 

Jika di Malaysia, Melinda Looi ialah antara pereka fesyen yang terkenal dengan rekaan ini dan banyak berkhidmat untuk selebriti khususnya penyanyi untuk tampil memukau di atas pentas. 

Jika anda ingin tampil lebih arif dalam dunia fesyen sama ada sebagai peminat, pereka atau sekadar pencinta gaya, mengetahui istilah ini bukan sahaja menambah pengetahuan, malah membantu anda lebih menghargai seni dan budaya fesyen tempatan serta antarabangsa.  — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram