
SIAPA kata hanya jenama antarabangsa yang boleh jadi kegilaan? Dalam kalangan generasi muda atau Gen Z, kini ada satu perubahan besar dalam dunia fesyen.
Mereka semakin teruja dengan jenama tempatan yang bukan sahaja tampil dengan rekaan berkualiti, tetapi juga mempamerkan gaya yang segar dan trending.
Dari beg tangan ikonik hingga kasut dengan rekaan kreatif, lima jenama tempatan ini kini menjadi pilihan utama untuk mereka yang mahu tampil bergaya.
BACA LAGI: AWAM rai kejayaan wanita dalam kepimpinan, sambut 40 tahun advokasi pemerkasaan kaum Hawa
Berikut adalah lima jenama aksesori tempatan yang menjadi kegilaan penggemar fesyen:
Beg tangan Brik sinonim dengan rekaannya yang berkilat, membawa sentuhan bold dan moden dalam setiap penampilan. — Brik
1. Brik
Diasaskan oleh duo adik-beradik, Sabrina dan Syakira, Brik mencipta fenomena tersendiri dengan beg tangan berkilat yang tampil dalam warna-warna terang dan berani.
Rekaan signaturnya, Chroma sering menjadi rebutan sehingga ada yang sanggup beratur berjam-jam di kedai 'pop-up' mereka bagi memenuhi keinginan untuk bergaya.
Selain beg tangan, koleksi terbaharu Brik juga memperkenalkan dompet, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan untuk melengkapkan penampilan.
Saoi menampilkan rekaan 'timeless' dalam setiap koleksinya. — Saoi
2. Saoi
Diasaskan oleh Wan Nur Syaira, jenama ini membawa nafas klasik yang diselit dengan elemen moden.
Kasut bertumit runcing menjadi pilihan utama, sesuai untuk penampilan yang feminin dan kemas.
Warna-warna pilihan seperti burgundy, maroon, coklat gelap dan juga pastel menjadikan koleksi mereka tampak ‘rich’ dan eksklusif.
Rekaannya ringkas tetapi penuh karakter, sesuai untuk Gen Z yang gemar tampil effortless tetapi tetap bergaya.
Rekaan beg tangan bersaiz mini oleh Nazifi Nasri sangat praktikal bagi penggemar fesyen yang mahu tampil 'simple'. — Nazifi Nasri
3. Nazifi Nasri
Nazifi Nasri tampil dengan rekaan beg tangan bersaiz kecil yang sentiasa tampak segar dan menarik.
Dengan potongan yang unik, setiap beg memberi sentuhan tersendiri kepada penampilan.
Koleksi terbaharu mereka juga mengetengahkan rekaan bergaya era 2000-an, menjadikannya pilihan ideal buat pencinta fesyen yang mahu tampil lain daripada yang lain.
itsmachino yang menampilkan rekaan comel popular dengan simbol bunga enam kelopaknya. — itsmachino
4. itsmachino
itsmachino menawarkan sandal bertumit rendah dengan simbol bunga enam kelopak yang menjadi ciri ikonik jenama ini.
Kasut-kasut dari itsmachino memberi sentuhan comel dan ceria, sesuai bagi mereka yang mahu tampil kasual tetapi tetap bergaya.
Dengan rekaannya yang mudah dipadankan, sandal ini juga sesuai untuk dipakai sepanjang hari.
Koleksi beg tangan dan kasut Shals menggabungkan elemen berani tetapi klasik. — Shals
5. Shals
Jenama yang ditubuhkan oleh adik-beradik Shalma Ainaa dan Shalmanisa ini semakin popular.
Shals dikenali dengan koleksi beg tangan dan kasut yang menggabungkan elemen berani tetapi klasik, sesuai untuk pelbagai gaya dan acara.
Dari beg tangan elegan hingga kasut tumit tinggi dan sandal bergaya, Shals menawarkan pilihan yang sesuai untuk semua. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram