'Jasa terbalas', guru guna motor 'kapcai' redah laluan balak, berbukit sejauh 60km demi pendidikan murid Orang Asli terima hadiah istimewa


Guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan gigih melewati laluan bahaya demi curah ilmu kepada anak-anak Orang Asli.

KISAH guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan menjadi inspirasi ramai apabila mereka sanggup merempuh perjalanan sejauh 60kilometer (km) demi mencurahkan ilmu kepada anak-anak Orang Asli di sekolah berkenaan.

Cikgu Ben Zaid dan rakan-rakan gurunya berulang alik mengharungi laluan balak, berbukit serta hutan belantara ke perkampungan Orang Asli di pedalaman.

Jika cuaca berada dalam keadaan baik, perjalanan mereka ke kawasan pedalaman mengambil masa kira-kira tiga jam sahaja.

Namun, ketika musim hujan, laluan tersebut menjadi berbahaya dan perjalanan mungkin mengambil masa 10 jam.

BACA LAGI: Miliki hak eksklusif Taylor Swift, PM Singapura tidak berniat cetus permusuhan serantau

Ben Zaid berkata, dia sanggup merempuhi cabaran hebat itu kerana berasa menganggap memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya di Pos Balar sebagai stau tanggungjawab istimewa.

"Pendidikan penting untuk membolehkan semua rakyat Malaysia tidak kira di pelusuk daerah mana turut serta dalam kemajuan dan kemakmuran negara.

"Inilah yang mendorong dan membakar semangat saya untuk menyahut cabaran ini," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Keluang Man mula 'beraksi' April ini, peminat berpeluang jadi superhero di KidZania

Dari kiri Cikgu Ben Zaid, Max Ang Keng Seng - Pengerusi Aveta Malaysia, Steven Lim - Pengarah Urusan Kumpulan, Aveta Malaysia

Cikgu Ben Zaid (kiri) Pengerusi Aveta Malaysia, Max Ang Keng Seng (tengah) dan Pengarah, Steven Lim (kanan).

Kegigihan hidup guru yang berkhidmat di SK Balar itu menyentuh hati pihak syarikat Aveta Malaysia yang bertindak menghulurkan bantuan kepada guru-guru sekolah berkenaan.

Pengarah Urusan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, pihaknya menerima banyak ulasan dan komen daripada netizen yang memaparkan kisah hidup guru-guru di sekolah itu semasa melancarkan motosikal jenis Ranger Max Explorer.

"Sebagai syarikat jati Malaysia, kami rasa terpanggil untuk menyokong usaha murni mereka demi kesejahteraan Malaysia pada masa hadapan.

"Guru-guru seperti Cikgu Ben dan ramai lagi di seluruh negara berusaha gigih untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak bangsa tidak kira di sekolah mana sekalipun," katanya.

Dalam pada itu, tiga unit motosikal yang dilengkapkan khusus untuk menempuh muka bumi lasak telah dihadiahkan bagi meringankan beban Cikgu Ben dan pasukannya.

Untuk rekod, motosikal Aveta Ranger Max Explorer memiliki keupayaan di atas jalan lasak dengan pengendalian yang mudah untuk dipadankan bersama hendal yang tinggi beserta kedudukan footpeg yang boleh dilaraskan walaupun ketika menunggang berdiri.

"Kami turut memberikan waranti dua tahun kepada mereka supaya mereka tidak perlu bimbang berkenaan motosikal mereka dan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mendidik.

"Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan anak-anak Orang Asli di Pos Balar," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram