[VIDEO] DJ radio wanita sebak adik autisme iringi majlis perkahwinan


  • Maya
  • Rabu, 14 Mei 2025

Adik lelaki Juliana yang menghidap autisme mengiringinya berjalan ke pentas upacara. — Instagram/julianamolino

SEORANG wanita berasal dari Sepanyol mencuri perhatian warga maya apabila berkongsi momen indah dan menyentuh hati menerusi laman Instagram miliknya, Juliana Molino.

Dalam video tersebut, adik lelakinya yang menghidap autisme dan tidak boleh bertutur membuat kejutan dengan mengiringinya berjalan ke pentas upacara semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Aksi spontan itu bukan sahaja mengejutkan Juliana, malah mengundang sebak dalam kalangan tetamu yang hadir.

BACA LAGI: Hanya belajar di rumah, budak autisme 12 tahun dapat pendidikan awal di UM sambung legasi genius Matematik macam Adi Putra

BACA LAGI: Risiko budak lelaki didiagnosis autisme, lebih 4 kali ganda berbanding perempuan — Pakar

 

 

Lebih menyentuh hati, rakaman turut memperlihatkan wajah keterujaan adik lelakinya sepanjang majlis dari siang hingga ke malam, jelas menunjukkan betapa istimewanya detik tersebut buat mereka berdua.

Menjengah ke laman Instagram Juliana, beliau sememangnya kerap berkongsi momen bersama adik lelakinya, sekali gus memperlihatkan hubungan rapat yang terjalin antara mereka.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya tersentuh dengan kemesraan dipamerkan dua beradik itu.

"Setiap ibu kepada anak istimewa pasti mengimpikan seseorang seperti Juliana Molina hadir dalam kehidupan anak mereka," tulis meufilhoautista. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram