
RAMAI ibu bapa runsing apabila anak mereka sukar memberi tumpuan semasa belajar.
Namun, ada satu kaedah yang semakin mendapat perhatian kerana keberkesanannya iaitu teknik Jeda, yang bukan sahaja sesuai untuk anak biasa malah terbukti membantu anak-anak autisme.
Teknik itu menggalakkan pelajar mengulang atau 'mengajar semula' apa yang dipelajari sama ada secara lisan kepada diri sendiri atau orang lain.
BACA LAGI: [VIDEO] Jangan campur urusan suami dengan bekas isteri, elak cetus drama baharu
Ramai mula menyebut teknik itu selepas pelakon terkenal, Rita Rudaini berkongsi rakaman video anaknya, Rayyan sedang belajar sambil bercakap seorang diri baru-baru ini.
Dalam kapsyennya, Rita menyatakan bahawa sesi belajar yang diambil Rayyan tidak sampai 30 minit, sebelum dia meninggalkan buku di atas meja untuk bermain dengan kucing.
"Macam-macam cara belajar, dah macam cakap sorang-sorang. Tak sampai 30 minit belajar, anak saya pergi kacau kucing pula," tulisnya.
Di sebalik gelagat itu, ramai dalam kalangan pengikut melihat situasi tersebut sebagai contoh yang baik dalam pembelajaran.
Menurut seorang pengguna, Coach Azizul, cara Rayyan belajar sebenarnya menepati teknik Jeda iaitu satu kaedah pembelajaran berkesan yang diperkenalkan oleh pakar pendidikan, Profesor Dr Marty Lobdell.
"Teknik Jeda menekankan belajar selama 30 minit sahaja, kemudian berehat lima minit.
"Otak manusia hanya mampu fokus sepenuhnya dalam tempoh tertentu, jadi rehat seketika penting untuk 'recharge' minda. Selepas rehat, sambung semula belajar," kata beliau.
Rehat itu pula tidak semestinya duduk diam iaitu ia boleh untuk aktiviti ringkas yang menyeronokkan seperti digunakan, bercakap dengan haiwan peliharaan atau berjalan sekejap.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang bersetuju dengan kaedah keberkesanan itu.
Pengguna Instagram, Yusallemah menganggap bahawa mengeluarkan semula maklumat yang dipelajari melalui percakapan membantu otak lebih cepat menyimpan maklumat.
"Memang salah satu cara belajar yang berkesan. Bila kita ajar atau cerita balik, kita lebih mudah ingat. Sebab tu budak pandai bila dia ajar kawan-kawan," katanya.
Seorang lagi pengguna, Aida Supermok turut berkongsi bahawa anaknya juga belajar bercakap sendiri.
"Bila kawan tanya cakap dengan siapa, dia jawab 'dengan diri sendiri'," katanya.
Pengguna lain, Heyarara berkata, teknik Jeda juga digunakan secara meluas dalam pendidikan anak-anak autisme.
"Ni kaedah yang genius untuk anak-anak autisme. Memang bagus. Terbukti juga," katanya.
Pelajar universiti juga mengaku menggunakan kaedah itu untuk menghadapi tekanan peperiksaan.
"Saya buat teknik ni dua sem dah untuk final. Kurang stress. Senang ingat," kata Niniemajid90. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram