[VIDEO] 'Raisha Falisha dikejar sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah rumah,' kanak-kanak trauma diserang jiran lelaki di Rawang


  • Tular
  • Jumaat, 30 Jan 2026

Menurut Nett, ketiga-tiga anaknya (kiri) kini masih mengalami trauma akibat tindakan suspek (kanan).

SEORANG kanak-kanak perempuan hampir kehilangan nyawa selepas didakwa diserang seorang lelaki dalam kejadian mengejutkan di Taman Bakawali, Bukit Sentosa 3 dekat Rawang, Selangor pada Khamis.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.50 petang itu dikongsikan oleh bapanya, Nett Adnan, menerusi satu hantaran di Facebook yang kini tular dan mengundang kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan kanak-kanak.

Menurut Nett, ketika kejadian, tiga orang anaknya berjalan kaki ke pasar malam yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

BACA LAGI : ‘Siap ada anak kecil ya ALLAH’, lelaki terkejut polis beritahu homestay dijadikan markas penyamun

BACA LAGI : [VIDEO] Hanya kerana berselisih bahu, tragedi tak terduga terjadi di stesen metro Perancis

"Anak aku Raisha Falisha (Adik) hampir hilang nyawa dek kerana sorang manusia yang tak ada akal.

"Anak aku tiga beradik berjalan kaki nk pergi pasar malam dan biasanya memangg aku tak akan lepaskan mereka pergi sendiri walaupun dekat, tapi hari ini nak jadi cerita aku dengan isteri kurang sihat.

 

"Aku izinkan mereka bertiga pergi sendiri. Siapa sangka taman perumahan yang selalunya aman, tak pernah ade apa jenayah sepanjang aku duduk sini, tiba-tiba terjadi kat anak sendiri.," katanya. 

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

Nett mendakwa anak perempuannya, Raisha mengalami kecederaan di badan dan muka. 

Keadaan bertukar cemas apabila apabila Nett mendakwa anak bongsunya, Raisha Falisha, tiba-tiba dikejar oleh seorang lelaki sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah rumah.

Abang mangsa yang menyedari kejadian itu segera bertindak mengejar suspek dan cuba menyelamatkan adiknya yang ketika itu sudah ditarik ke arah tingkat atas rumah berkenaan.

"Bila abang menjerit minta tolong, lelaki ini mula mengamuk. Pijak, sepak , tendang kepala adik (Raisha) berkali-kali. 

"Last sekali die cekik adik. Masa ini, mujur ada jiran yang sedar dan terus selamatkan adik.

"Jika lambat sedikit, saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepada anak saya.

"Alhamdulillah aku bersyukur sangat. Terima kasih orang baik (jiran) dan orang awam sangat prihatin," katanya.

Menurut Nett, ketiga-tiga anaknya kini masih mengalami trauma akibat kejadian tersebut.

"Adik, abang dan kakak masih trauma. Nak tulis panjang-panjang pun tak reti sangat.

"Pada semua tolong berhati-hati dan jangan biarkan anak berjalan sendirian sendiri tanpa pengawasan walaupun dekat dengan rumah.

"Sekarang tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Jaga famili," katanya.

Nett turut menyeru masyarakat supaya lebih peka dan memastikan golongan muda tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang boleh mencetuskan tindakan di luar kawalan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram