Nahas penuntut UPSI: Pandu selaju 115km/j, sistem brek tak berfungsi antara punca bas hilang kawalan


  • Massa
  • Jumaat, 23 Jan 2026

Masalah struktur di kabin tempat duduk penumpang turut disebut sebagai punca kemalangan itu begitu serius.

BEBERAPA faktor dikesan Kementerian Pengangkutan menyebabkan bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas sehingga mengorbankan 15 penumpang tahun lalu.

Dalam laporan dikeluarkan pada Jumaat, nahas itu berlaku disebabkan pelbagai punca, termasuk dari segi isu mekanikal, kesilapan pemandu dan keadaan sekeliling.

"Sistem brek bas tersebut menunjukkan beberapa masalah dan disebabkan kenderaan itu dipandu melepasi had kelajuan, ia menyebabkan pemandu hilang kawalan.

BACA LAGI: 42 pelajar UPSI terbabit nahas bas di Gerik terima sumbangan RM10,000

BACA LAGI: [VIDEO] Pentingnya sentiasa periksa keadaan tayar elak kes kereta terbalik di Jalan Gerik-Jeli berulang

Seramai 15 mangsa terkorban akibat kemalangan bas di Gerik, Perak tahun lalu.

"Keadaan jalan yang mencabar, kelemahan dari segi pemasangan penghadang jalan dan masalah struktur di bahagian penumpang bas itu menyebabkan kerosakan semakin teruk akibat kemalangan," tulisnya.

Tambah kementerian itu lagi, kegagalan mematuhi syarat keselamatan serta kelemahan dari segi penguatkuasaan undang-undang mencerminkan isu dalam industri bas pelancongan dalam negara.

"Kesemua faktor ini secara keseluruhan menyumbang kepada insiden tragis sebegitu dan menunjukkan keperluan dari segi penambahbaikan untuk memastikan keselamatan penumpang," tulisnya.

Laporan itu turut menyentuh sistem brek bas tersebut gagal berfungsi kerana dram di brek dram kiri belakang selain pencemaran gris terhadap lapisan brek.

Rakaman kamera papan pemuka kenderaan lain mendapati bas tersebut dipandu secara laju dan berbahaya.

"Keadaan ini mengurangkan geseran brek dan mempercepatkan brek pudar dan hilang cengkaman," katanya.

Malah, laporan mendapati bas berkenaan dipandu melebihi had laju dengan kamera papan pemuka (dashcam) mahupun peranti GPS tidak dipasang.

"Analisis kinematik, bersama-sama rakaman kamera pemuka dari kenderaan lain, menganggarkan kelajuan bas memasuki selekoh pada 114.7 kilometer per jam (km/j)," sambil menambah bahawa had laju untuk laluan itu ialah 60km/j.

Nahas pada 9 Jun tahun lalu itu melibatkan 48 orang termasuk 42 pelajar, seorang pemandu bas, seorang kelindan dan empat penumpang dari kenderaan lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram