KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd (No Syarikat: 806799-V) berkuat kuasa 11 September lalu.
Menurut MOTAC, tindakan diambil Pesuruhjaya Pelancongan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 Akta 482].
"MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita dakwa hutang RM120 punca kereta, motosikal jiran kena pecah di Setia Alam
BACA LAGI: Suami sewa rumah ‘berhantu’ selama 26 tahun demi mencari pembunuh isteri, suspek akhirnya serah diri

MOTAC membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd.
Pada 3 November lepas, Mahkamah Majistret Gerik telah mensabitkan syarikat Kenari Utara Travel & Tours atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 6(1)(1) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992.
Syarikat tersebut didapati gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak yang tidak berlesen.
la susulan nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lepas di Gerik, Perak yang menjadi antara insiden paling menyayat hati.
Dalam pada itu, penumpang disarankan agar lebih berwaspada dan menyemak nama operator bas yang telah dibatalkan lesen.
"Ingat ya semua, check dulu nama operator bas sebelum travel. Keselamatan nombor satu," kata Afiq.
"Lepas ini penumpang perlu lebih berhati-hati, semak nama operator sebelum menaiki bas," kata Johari Hashim.
"Jangan ambil mudah, pastikan nama syarikat bas yang dipilih masih berlesen," ujar Firdaus pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
