Rekaan pasport, MyKad baharu diperkenal 6 bulan lagi, tak perlu tergesa-gesa ganti — Saifuddin Nasution


  • Massa
  • Khamis, 08 Jan 2026

Kerajaan dijangka memperkenalkan MyKad yang dipertingkatkan ciri keselamatannya dalam tempoh enam bulan. 

KERAJAAN dijangka memperkenalkan pasport dengan reka bentuk baharu dan MyKad yang dipertingkatkan ciri keselamatannya dalam tempoh enam bulan. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasport Malaysia kini menduduki kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia dari segi kemudahan perjalanan tanpa visa, justeru pembaharuan ini penting untuk mengekalkan tahap kepercayaan tersebut.

"Dokumen baharu ini akan dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini bagi mengekalkan integriti pasport dan mengurangkan risiko pemalsuan," katanya selepas ucapan kementerian di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya pada Khamis.

BACA LAGI : MINDEF arah ATM ambil tindakan tegas, siasat dakwaan aktiviti tak bermoral di kem tentera

BACA LAGI : [VIDEO] Kemaruk nak jadi pramugari, tembelang wanita Palembang di awan biru terbongkar

Saifuddin turut menasihati pemegang pasport agar tidak tergesa-gesa menukar dokumen lama, sebaliknya ikut tarikh pembaharuan masing-masing.

Beliau menambah, MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri keselamatannya tidak akan diganti secara tergesa-gesa, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada kitaran pembaharuan berjadual untuk memastikan peralihan berjalan lancar.

"MyKad adalah dokumen keselamatan dan selepas tempoh tertentu, ciri-cirinya perlu dipertingkatkan selaras perkembangan teknologi bagi mengelak pemalsuan," katanya. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram