'Nipis macam screen protector', penduduk Kota Marudu kongsi realiti kualiti jalan raya di Sabah selepas banjir


  • Tular
  • Selasa, 06 Jan 2026

Keadaan jalan raya di Jalan Kampung Sungoi, Kota Marudu selepas banjir. — Isla Cassie

 

 

MASALAH jalan raya di Sabah bukanlah isu baharu bagi penduduk negeri itu. Bagi ramai pengguna, perjalanan harian sering menjadi cabaran kerana jalan yang beralun, berlubang dan mudah rosak selepas hujan lebat.

Isu itu bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah menimbulkan kebimbangan keselamatan, terutama bagi pemandu kenderaan berat dan pengguna motosikal.

Walaupun Sabah kini mempunyai lebuh raya utama seperti Pan Borneo yang sepatutnya memudahkan akses antara daerah, kenyataannya kualiti jalan di beberapa kawasan masih dipersoalkan.

BACA LAGI: MINDEF arah ATM ambil tindakan tegas, siasat dakwaan aktiviti tak bermoral di kem tentera

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Kondo dah mewah, tiba-tiba ada setinggan’, penduduk Sky Awani resah wujud penempatan haram

Tambahan pula, musim hujan yang kerap melanda Sabah sering mempercepatkan kerosakan jalan.

Terbaharu, seorang penduduk Kota Marudu, Isla Cassie, meluahkan rasa kecewa di laman Threads miliknya pada Selasa terhadap keadaan jalan di kawasan itu selepas dilanda banjir.

Isla turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan jalan yang nipis, berlopak, dan berisiko merbahaya jika digunakan kenderaan berat.

"Kualiti jalan di Sabah nipisnya. Jalan Kampung Sungoi, Kota Marudu selepas banjir," katanya ringkas.

 

 

 

Namun, perkongsiannya itu memberi gambaran jelas mengenai cabaran yang dihadapi penduduk tempatan.

Gambar yang dimuat naik menampilkan permukaan jalan yang nipis, berlubang dan sebahagiannya hampir musnah, menimbulkan kebimbangan netizen terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian mengenai keadaan jalan di Kota Marudu itu menerima pelbagai reaksi netizen, daripada jenaka sehingga kritikan serius terhadap kualiti jalan raya di Sabah.

Seorang pengguna Threads, kairulsha, berjenaka menyamakan keadaan jalan tersebut seperti 'screen protector jalan raya', merujuk kepada ketipisan dan mudah rosaknya permukaan jalan.

Manakala mshr.mnsr pula menyifatkan jalan itu seperti papan lapis, mudah rosak dan tidak sesuai untuk laluan kenderaan berat.

Seorang lagi pengguna, yus8yusof, membuat perbandingan lucu tetapi tepat apabila menyatakan jalan itu menggambarkan betapa rapuh dan nipisnya permukaan jalan selepas banjir.

"Senipis rasa kopi Tenom," tulisnya.

Walaupun ada unsur jenaka dan sindiran, mesej utama tetap jelas, penduduk menuntut jalan raya yang selamat, berkualiti dan tahan lama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram