SEMUA warganegara dewasa berumur 18 tahun ke atas akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 bermula 9 Februari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu disalurkan bagi persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baharu Cina tahun ini.
Sementara itu, penerima bulanan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima RM200 terus ke dalam kad pengenalan mereka mulai 9 Januari.
BACA LAGI : MINDEF arah ATM ambil tindakan tegas, siasat dakwaan aktiviti tak bermoral di kem tentera
BACA LAGI : [VIDEO] ‘Kondo dah mewah, tiba-tiba ada setinggan’, penduduk Sky Awani resah wujud penempatan haram
Untuk fasa pertama pembayaran STR, sejumlah RM500 akan dikreditkan ke akaun warganegara yang layak.
Beliau berkata, sumbangan itu bakal dinikmati oleh 22 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
