PENDUDUK di sekitar kawasan kediaman Sky Awani 3 dan Sky Awani 4 dekat Setapak, Kuala Lumpur meluahkan kebimbangan susulan kewujudan penempatan haram dilaporkan muncul di tepi sungai berhampiran kawasan perumahan mereka baru-baru ini.
Melalui perkongsian di TikTok, pengguna @ilmano296 pada Ahad memuat naik rakaman video menunjukkan beberapa struktur setinggan yang dibina secara sementara di antara kedua-dua kondominium itu.
"Kawasan tengah ini ada sungai tetapi masalahnya tiba-tiba ada setinggan pula.
BACA LAGI: MINDEF arah ATM ambil tindakan tegas, siasat dakwaan aktiviti tak bermoral di kem tentera
BACA LAGI: Gempar, prebet didakwa 'seludup' gadis seksi ke kem tentera Pengkalan Chepa
"Saya mohon pihak berkuasa atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ambil cakna berhubung isu ini dan mengambil tindakan segera. Ini bukan cara Malaysia.
"Tak selamat untuk orang sekeliling," katanya.
Rakaman video berkenaan segera tular, sekali gus menarik perhatian warganet yang melahirkan rasa terkejut dan bimbang terhadap keselamatan serta kebersihan kawasan terbabit.
Seorang pengguna TikTok, @edrinazzz berharap isu tersebut tidak dibiarkan berlarutan, sebaliknya tindakan proaktif perlu diambil bagi memastikan kawasan sekitar tetap selamat.
"Dulu sikit. Lama-lama sepanjang jalan mereka buat penempatan haram," tulisnya.
Seorang lagi pengguna TikTok, rnyin** berharap agar pihak DBKL dapat bertindak segera kerana penempatan haram itu bukan sahaja menjejaskan imej kawasan perumahan tetapi juga menimbulkan pelbagai risiko.
"Kebimbangan utama keselamatan penghuni, kemungkinan berlaku jenayah, serta kebersihan dan pencemaran sungai akibat sisa buangan yang dibuang terus ke dalam aliran air.
"Kondo dah mewah, tiba-tiba ada setinggan," katanya.
Sementara itu, seorang warga maya, IbraH*m pula mendakwa berkemungkinan yang tinggal di kawasan tersebut merupakan warga asing.
"Percayalah, warga asing yang buat. Orang kita jarang buat macam ini. Tolong 'hapuskan' dengan segera," tulisnya.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
