SETIAP perlawanan bola sepak pasti ada dramanya sendiri. Dari liga bawahan hinggalah ke liga utama, aksi kasar pemain kadangkala melebihi batas sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius.
Terbaharu, seorang pemain liga bawahan Indonesia didakwa mengalami kecederaan parah di dada selepas ditendang pemain lawan ketika perlawanan Liga 4 Jawa Timur di Indonesia baru-baru ini.
Malah ada dalam kalangan penyokong menyifatkan perlawanan tersebut tak ubah seperti aksi daripada filem komedi aksi ‘Shaolin Soccer’.
BACA LAGI: FAM tiada pilihan selain merayu, namun risiko tetap tinggi — Peguam
Manakan tidak, pemain Putra Jaya Pasuruan, Muhammad Hilmi yang memakai jersi kuning dilihat menendang dada pemain Perseta 1970, Firman Nugraha sehingga mangsa rebah terbaring di tengah padang.
Tindakan itu mencetuskan kekecohan dan menarik perhatian ramai penonton serta warga maya.
Rakaman insiden yang tular di platform X melalui akaun @alionelmessi pada Isnin itu juga mendapat kecaman hebat peminat sukan bola sepak di seluruh dunia.
Menurut informasi yg beredar: Pemain Putra Jaya Pasuruan (jersey kuning) yang terlihat sengaja menendang dada pemain Perseta1970. Saat ini pemain yang ditendang dikabarkan dibawa ke rumah sakit untuk mendapatkan pemeriksaan/perawatan. Kedua tim berlaga di Liga 4 Jatim. pic.twitter.com/GJrWqkhi4d
— mohammed ali mahrus (@AlionelMessi_) January 5, 2026
Ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai serius dan tidak beretika, jauh daripada semangat kesukanan yang sepatutnya diterapkan di semua peringkat liga.
Difahamkan, Firman dilaporkan menerima rawatan di padang sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Keadaan terkini Firman belum diumumkan secara rasmi, namun ada yang mendakwa mangsa mengalami kecederaan parah di dada.
Insiden itu turut menimbulkan menimbulkan persoalan mengenai disiplin dalam liga bawahan yang sepatutnya menjadi medan pembinaan bakat muda.
Penyokong bola sepak Indonesia juga mendesak pihak penganjur serta badan bola sepak berkaitan menjalankan siasatan teliti dan mengambil tindakan tegas jika terbukti berlaku pelanggaran serius. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
