[VIDEO] Baru kenal 5 bulan, lelaki 20 tahun ditahan polis bawa remaja 14 tahun sambut tahun baharu


  • Kes
  • Jumaat, 02 Jan 2026

Tangkap layar lelaki dan remaja perempuan berusia 14 tahun itu disoal siasat polis.

SEORANG pemuda berusia 20 tahun dicekup pihak polis selepas didapati membawa keluar seorang remaja perempuan berusia 14 tahun tanpa pengetahuan dan kebenaran keluarga ketika sambutan malam tahun baharu pada baru-baru ini.

Insiden berkenaan terbongkar hasil pemeriksaan pihak polis yang mengesan kehadiran remaja terbabit bersama lelaki berkenaan.

Rakaman video kejadian itu kemudiannya tular di laman sosial X selepas dimuat naik oleh akaun Hobin Jang Hobin, memaparkan seorang pegawai polis menyoal siasat suspek berhubung tindakannya membawa keluar remaja berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lepaskan tokan dadah, balai polis dibakar penduduk

BACA LAGI: Janin bayi lelaki ditemukan dalam lori sampah di Bukit Jalil, polis masih buru suspek

Dalam rakaman tersebut, pegawai polis kedengaran menegaskan bahawa mangsa masih di bawah umur dan tidak sepatutnya berada di luar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau penjaga.

Suspek turut ditanya mengenai latar belakang hubungan mereka, yang didakwa baru terjalin sekitar lima bulan serta cara perkenalan yang bermula melalui rakan dan aplikasi media sosial.

"Boleh masuk lokap? Gelak gelak, nampak aku gelak ke?. 14 tahun, tingkatan berapa? Mak tahu tak keluar rumah ini?. Engkau 20 tahun? Bawah umur ini, tahu tak? Kau tahu tak budak ini bawah umur?

"Ini bawah umur tak boleh keluar rumah tau. Mana kenal dia ini? Kenal dari kawan ke TikTok. Baru lima bulan kenal, dah bawa keluar rumah. Kau kerja mana?," tanya pegawai berkenaan.

Pegawai polis berkenaan turut mengingatkan suspek mengenai keseriusan kesalahan melibatkan kanak-kanak, selain mempersoalkan tindakannya membawa keluar remaja yang masih di bangku sekolah.

"Nanti mak bapa dia datang ke balai, dia ini bawah umur. Baru 14 tahun. Kalau mak bapa dia datang, kau nak jawab apa. Kau tahu kan tingkatan 2 tak boleh keluar rumah. Umur sebaya kau tiada minat kau ke apa. Dia ini kanak-kanak. Tak malu ke bawa kanak-kanak keluar rumah," tambah polis itu. 

Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.  Kes berkenaan kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak serta kesalahan melibatkan individu bawah umur.

Polis turut menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, supaya lebih peka dalam memantau pergaulan anak-anak terutama ketika musim perayaan dan sambutan besar yang sering meningkatkan risiko pergaulan sosial tanpa kawalan. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram