[VIDEO] Seluruh 54 unit bazar lama di Kampar musnah dijilat api awal pagi


  • Kes
  • Isnin, 22 Dis 2025

Kebakaran tersebut memusnahkan 54 unit bazar lama di Kampar.

SEBANYAK 54 unit bazar di Jalan Idris dekat Kampung Masjid, Kampar, Perak hangus dijilat api dalam kebakaran awal pagi Isnin.

Pemangku Pembantu Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.10 pagi dengan anggota dari balai Kampar, Gopeng dan dan Tapah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Seramai 25 anggota dan empat jentera pemadam api digunakan sewaktu operasi.

BACA LAGI: Najib Razak kekal di Penjara Kajang, Mahkamah Tinggi tolak permohonan tahanan rumah

BACA LAGI: Pelajar junior UMS maut dipercayai terjatuh, punca sebenar berada atas siling masih disiasat

"Seluruh 54 unit bazar lama itu musnah dan tiada yang dapat diselamatkan. Kami dimaklumkan terdapat 10 unit yang sedang beroperasi ketika itu yang menjual pakaian, barangan runcit dan makanan.

"Bangunan tersebut melibatkan bangunan satu tingkat dengan struktur kayu dikelaskan sebagai pembinaan Kelas C dengan anggaran ukuran 13.7 meter kali 33.5 meter (45 kaki kali 110 kaki)," katanya dalam kenyataan.

Pihak bomba mengesahkan yang kerosakan adalah bersifat kerugian menyeluruh namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram