SEORANG pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilaporkan meninggal dunia dalam satu kejadian yang berlaku pada Khamis.
Pelajar tahun satu yang dikenali sebagai Aiman Hakim Norazam itu dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari siling sebuah dewan.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 10 pagi selepas dua pekerja penyelenggaraan menemui mangsa tidak sedarkan diri di Dewan Canselor UMS.
BACA LAGI: Ringankan beban ibu bapa, RMHC hulur geran tambahan RM480,000 kepada 6 organisasi kebajikan
BACA LAGI: Dijangkiti Influenza A, sebutan kes dadah Namewee ditangguh
Punca sebenar masih belum diketahui dengan pihak polis masih menjalankan siasatan dengan memanggil saksi bagi membantu siasatan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup mendapati Aiman Hakim terjatuh sekitar pukul 6 petang Rabu.
"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan dalaman pada mangsa, kecuali kecederaan yang dipercayai disebabkan jatuh.
"Masih belum jelas apa yang dilakukannya di dinding berhampir siling, dan pihak polis memanggil saksi untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan," ujarnya dalam kenyataan.
Aiman Hakim yang merupakan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di mana dia disahkan meninggal dunia sekitar 11.10 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
