Najib Razak kekal di Penjara Kajang, Mahkamah Tinggi tolak permohonan tahanan rumah


  • Kes
  • Isnin, 22 Dis 2025

Najib kekal menghabiskan hukuman di Penjara Kajang. — The Star/ROYCE TAN

PERMOHONAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan tahanan rumah (house arrest) ditolak Mahkamah Tinggi pada Isnin.

Hakim Alice Loke dalam keputusannya mengatakan titah adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan sewaktu Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang diadakan pada 29 Januari 2024.

Katanya, titah adendum itu sememangnya wujud dan ia tidak lagi menjadi isu.

BACA LAGI: Pelajar junior UMS maut dipercayai terjatuh, punca sebenar berada atas siling masih disiasat

BACA LAGI: Dijangkiti Influenza A, sebutan kes dadah Namewee ditangguh

Menurut Alice, adendum itu tidak mematuhi Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan dan ia dianggap tidak sah.

"Sebaliknya, pemohon tidak ada hak untuk untuk mendapatkan remedi mandamus. Justeru, semakan kehakiman ditolak," katanya.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram