[VIDEO] Wanita betul-betul ‘chill’, curi sebiji durian di Kota Kinabalu


  • Tular
  • Khamis, 18 Dis 2025

Tangkap layar wanita berkenaan mengambil durian dari kenderaan 4x4 di Kota Kinabalu.

TINDAKAN seorang wanita yang didakwa mencuri sebiji durian di tengah bandar Kota Kinabalu, Sabah mencuri perhatian warganet selepas rakaman video insiden itu tular di media sosial sejak Khamis.

Menerusi video berdurasi 52 saat berkenaan, wanita tersebut dilihat berjalan santai di sekitar kawasan bandar sebelum cuba membuka beberapa pintu kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Dalam rakaman sama, wanita itu kemudiannya berhenti di sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan dengan tenang mengambil sebiji durian yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan berkenaan, seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat treler bawa helikopter halang laluan ambulans di KESAS

BACA LAGI: Janin bayi lelaki ditemukan dalam lori sampah di Bukit Jalil, polis masih buru suspek

"Kalau kamu parking kereta di KK (Kota Kinabalu) pastikan kunci kereta kamu ya. Percuma lagi dia dapat durian," pesan video yang dimuat naik oleh akaun X, updateinfo.

Apa yang lebih mengundang perhatian, tindakan itu dilakukan tanpa sebarang reaksi cemas atau tergesa-gesa, malah wanita tersebut dilihat bersahaja sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Hantaran daripada akaun X, updateinfo.

Video itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ada yang menganggap perbuatan itu sebagai mencuit hati, namun tidak kurang juga yang mengecam tindakan mencuri walaupun melibatkan sebiji durian.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut, termasuk sama ada laporan polis telah dibuat oleh pemilik kenderaan terbabit.

Menjengah ruangan komen juga, warganet menasihatkan agar orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak meninggalkan barangan berharga di tempat terbuka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram