PM Thailand umum bubar Parlimen ketika negara berperang, jadi hos Sukan SEA


  • Benua
  • Jumaat, 12 Dis 2025

Perdana Menteri Thailand mengumumkan pembubaran Parlimen ketika negara sedang menganjurkan Sukan SEA 2025. — Agensi

PERDANA Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada Jumaat membubarkan Parlimen selepas hanya tiga bulan memegang jawatan, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan pilihan raya umum baharu.

Keputusan mengejut itu diumumkan ketika negara jiran itu sedang berdepan ketegangan yang kembali memuncak di sempadan Thailand–Kemboja.

Menurut Titah Diraja yang diterbitkan dalam Warta Diraja Thai, pembubaran tersebut dibuat untuk membolehkan pilihan raya baharu bagi memilih anggota Dewan Perwakilan.

BACA LAGI: Jangan fikir Sabah pasukan sama di final Piala FA — TMJ

BACA LAGI: JDT pilih jalan sukar mara ke saingan kalah mati ACL Elite

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul. Agensi

Anutin, daripada parti konservatif Bhumjaithai dilantik sebagai Perdana Menteri pada September lalu selepas pendahulunya dilucutkan jawatan oleh mahkamah atas pelanggaran etika.

Awal tahun ini, beliau pernah menyatakan hasrat untuk membubarkan Parlimen sebagai langkah rasmi ke arah mengadakan pilihan raya sebelum awal 2026.

Keputusan itu juga muncul ketika konflik bersenjata kembali tercetus di sempadan Kemboja, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa dan memaksa lebih 600,000 penduduk, majoritinya rakyat Thailand kehilangan tempat tinggal.

“Memandangkan pentadbiran ini adalah kerajaan minoriti dan situasi politik domestik dipenuhi pelbagai cabaran, kerajaan tidak dapat mentadbir negara secara berterusan, cekap dan stabil.

“Oleh itu, langkah yang tepat adalah membubarkan Dewan Perwakilan dan mengadakan pilihan raya umum baharu,” menurut kenyataan Warta Diraja, memetik laporan yang dikemukakan oleh Anutin.

Namun, tindakan Anutin membubarkan Parlimen lebih awal juga menimbulkan persoalan terutama Thailand ketika ini menjadi tuan rumah Sukan SEA 2025, temasya sukan terbesar Asia Tenggara yang sedang berlangsung di negara itu.

"Negara Thailand masih dalam peperangan, masih dalam Sukan SEA dan satu-satunya bandar yang dilanda banjir belum terurus, boleh bubar Parlimen?," kata Angah Leh Ismail. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram