[VIDEO] ‘Kalau kemalangan lagi bahaya', mat rempit tinggalkan kekasih tepi jalan gara-gara sekatan jalan raya


  • Massa
  • Ahad, 14 Dis 2025

Tangkap layar seorang lelaki sanggup meninggalkan kekasihnya di tepi jalan raya yang sibuk semata-mata untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya, baru-baru ini.

SEORANG lelaki mencetuskan perdebatan ramai apabila didakwa sanggup meninggalkan kekasihnya di tepi jalan raya yang sibuk semata-mata untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya, baru-baru ini.

Walaupun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan, insiden itu tular selepas rakaman tersebut dimuat naik di laman Threads oleh akaun Teh Tarik TV pada Sabtu.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, seorang wanita dilihat turun daripada sebuah motosikal yang ditunggang lelaki dipercayai teman lelakinya, sebelum lelaki berkenaan bertindak meninggalkan lokasi kejadian.

BACA LAGI: ‘Rumah nenek ada Wi-Fi tak?’, tanda kebergantungan digital kanak-kanak makin membimbangkan

BACA LAGI: Lebih panjang umur jika berkahwin, kajian dedah individu bujang berisiko mati cepat

Wanita tersebut kelihatan panik dan kebingungan sejurus ditinggalkan, sebelum bergerak ke bahu kiri jalan bagi mencari kawasan yang lebih selamat, sementara beberapa pengguna motosikal lain turut dilihat cuba meloloskan diri dari sekatan terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai reaksi, ada yang menganggap tindakan lelaki itu lebih selamat berbanding membawa pembonceng ketika melarikan diri.

 

 

 

 

Seorang pengguna, arif_nizam92 berpendapat tindakan menurunkan pembonceng adalah lebih baik berbanding mengambil risiko kemalangan yang boleh membahayakan nyawa.

"Baik turun dari ikut lari. Kalau kemalangan lagi bahaya," tulisnya.

Namun, tidak kurang juga yang menyuarakan rasa simpati terhadap wanita tersebut.

Seorang pengguna Threads,darinaderis mengecam tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

"Kesian awek (kekasih) dia macam itu saja tinggalkan. Kau sudah la bawa anak orang keluar. Begitu sahaja kau tinggalkan dia sebab nak lari dari polis. Confirm balik terus break (putus hubungan)," katanya.

Manakala Aiman_Abd pula beranggapan lelaki berkenaan mungkin bertindak demikian demi mengelakkan kekasihnya berada dalam bahaya.

"Mungkin tak nak bahayakan awek dia," tulisnya.

Insiden berkenaan terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan warga maya dengan pelbagai pandangan berbeza mengenai situasi sebenar yang berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram