Tiada laporan polis diterima, Dr. Maza digesa beri maklumat gerakan kultus kepada pihak berkuasa


  • Kes
  • Khamis, 11 Dis 2025

Dr. Maza memaklumkan kepada media bahawa satu taklimat mengenai gerakan kultus tersebut dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin supaya menyalurkan segera sebarang maklumat berkaitan gerakan kultus dari Korea yang didakwa aktif bergerak di Malaysia.

Menurutnya, segala maklumat melibatkan aktiviti mencurigakan atau ajaran sesat perlu diserahkan terus kepada pihak polis, khususnya Unit Cawangan Khas yang memang ditugaskan meneliti ajaran menyimpang.

"Jika beliau ada maklumat mengenai kumpulan itu, aktiviti, modus operandi atau individu yang terlibat, saya sarankan beliau tampil dan maklumkan kepada pihak berkuasa. 

BACA LAGI : ‘Rumah nenek ada Wi-Fi tak?’, tanda kebergantungan digital kanak-kanak makin membimbangkan

BACA LAGI [VIDEO] 'Apa salahnya pelawa adik saya duduk', gadis bertongkat patah paha, genap sebulan kehilangan ibu akibat nahas

"Siasatan akan dimulakan segera," katanya pada Khamis. 

Datuk Seri Saifuddin Nasution

Saifuddin menjelaskan,Unit Cawangan Khas mempunyai unit khusus yang menyiasat ajaran menyimpang merentasi pelbagai agama dan penganut.

Beliau turut menegaskan, sesiapa yang mengetahui kewujudan aktiviti sedemikian wajib menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Ketika ditanya sama ada laporan polis berkaitan kultus berkenaan dibuat, Saifuddin memaklumkan setakat ini tiada laporan diterima.

Terdahulu, Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza memaklumkan kepada media bahawa satu taklimat mengenai gerakan kultus tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Difahamkan, terdapat dakwaan mengatakan beberapa Ahli Parlimen Muslim serta individu ternama didakwa aktif menyertai dan membantu pergerakan berkenaan. — The Star/YASMIN ABDUL LATIF

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram