LEBIH 40 tahun menabur bakti dalam syarikat penerbangan berprestij, Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Kapten Izham Ismail akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya.
Pengarah Urusan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) yang merupakan induk kepada MAS itu turut mengumumkan tarikh persaraannya pada 31 Januari 2026.
Ia sekali gus menandakan berakhirnya era kepimpinan antara tokoh paling berpengalaman dalam sejarah MAS.
BACA LAGI: Pernah gagal 3 tahun, produk span Scrub Daddy 'meletup' semula lepas masuk TV
BACA LAGI: Satu rumah jadi bilik 'meeting', anak pengasas Dr Cardin dedah realiti urus bisnes famili

Penerbangan MAS tetap menjadi pilihan ramai sehingga kini. — Gambar hiasan/MAS
Namun, di sebalik kejayaan itu tersembunyi kisah dan perjalanan hidup yang pastinya memberi inspirasi kepada orang ramai.
Membesar dalam keluarga serba sederhana di luar bandar, beliau tidak sesekali lupa detik-detik sukar yang pernah dialaminya.
Beliau juga berjaya membina kerjaya sebagai juruterbang sebelum akhirnya dilantik untuk menerajui kepimpinan MAS.
"Saya tahu bagaimana rasanya menjadi miskin.
"Kami sekeluarga tinggal di dalam rumah tanpa bilik mandi, hanya makan sekali sehari dan saya terpaksa menjual snek di sekolah," katanya.
Berkat kebijaksanaannya, beliau didorong oleh adik-beradiknya untuk mengambil peperiksaan ke institusi penerbangan untuk bekerja sebagai juruterbang dengan Philippine Airlines.

Perjalanan Izham sebelum memegang kepimpinan MAS. — MAS
"Sebelum itu, saya terima tawaran biasiswa untuk mengikuti pengajian kejuruteraan marin di Bournemouth University di England, United Kingdom (UK) pada 1970-an.
"Bagaimanapun, saya memilih untuk menolak pengajian di England untuk lebih dekat dengan keluarga," jelasnya.
Izham kemudiannya memulakan kerjayanya sebagai juruterbang MAS pada 1979.
Sepuluh tahun kemudian, beliau dipilih menyertai program latihan pengurusan kanan syarikat penerbangan itu.
Daripada sekumpulan besar pemohon, hanya 30 dipilih ke peringkat temuduga.
Untuk hadir ke temuduga tersebut, Izham terpaksa meminjam kasut dan seluar daripada rakan keluarganya.
Hanya tujuh calon diterima untuk latihan bersama sekolah penerbangan Philippine Airlines dan beliau merupakan seorang daripadanya.
Latihan tersebut menuntutnya mengurangkan masa di kokpit kepada hanya satu penerbangan sebulan.
Ia juga dilakukannya sambil menjalani kursus pengurusan di institusi tersohor di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) dan melalui pertukaran 18 jawatan berbeza dalam kumpulan.
"Pemimpin harus menjadi pelayan bukan hanya kepada pekerja mereka, tetapi kepada pelanggan juga," ujarnya.

Izham (depan, kiri) memulakan kerjayanya sebagai juruterbang sebelum dinaikkan pangkat. — MAS
Beliau juga merupakan antara pasukan yang pernah mencatat rekod dunia untuk penerbangan komersial terpanjang dan melakukan perjalanan mengelilingi dunia terpantas dengan pesawat Boeing 777-200 pertama Malaysia merentasi 23,310 batu jauhnya dalam tempoh 41 jam 59 minit.
Selepas menerajui antara syarikat penerbangan serantau dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, beliau dinaikkan ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS pada 2017.
Perlantikannya turut hadir pada saat syarikat itu bergelut dengan krisis paling besar dalam sejarah industri penerbangan moden.
Pada Mac 2014, pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang dan masih menjadi tragedi yang misteri global.
Empat bulan kemudian, pesawat MH17 pula ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine dan meragut sebanyak 298 nyawa.
"Dengan laluan penerbangan meliputi hampir 50 destinasi, terutamanya di Asia serta keahliannya dalam pakatan One World, syarikat penerbangan ini terus berusaha untuk menjadi pilihan premium untuk pelanggan dengan perkhidmatan lengkap," ucapnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
