PERANAN wanita hari ini semakin penting apabila bukan sahaja menjalankan tanggungjawab mengurus hal rumah, malah turut menjadi penyumbang kepada pendapatan keluarga.
Sokongan ahli keluarga sekali gus sering menjadi faktor utama yang memberi kekuatan kepada mereka dalam menempuhi cabaran hidup.
Sama seperti kisah seorang wanita bernama Aila Najla yang diberhentikan kerja sebagai pengacara siaran langsung apabila telefon pintarnya rosak.
BACA LAGI: 'Jangan sekadar tengok harga', 19 perkara perlu ada dalam 'checklist' sebelum beli rumah lama
BACA LAGI: Anggap Sarawak rumah, Tunku Azizah imbau momen terima keringkam sebagai hantaran kahwin pada 1986

Ibu mentua yang sentiasa menjadi tulang belakang Aila. — Threads
Aila bagaimanapun bangkit memulakan perniagaan kecil di sekitar Bandar Sultan Suleiman, Klang, Selangor.
Lebih mengharukan apabila perniagaan itu dilakukan bersama ibu mentuanya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
"Saya hampir lost sebab tiada pendapatan. Saya ajak 'mama jom kita berniaga Aila tak ada kerja', dia terus setuju dan ikut saya," kongsinya menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.
Menurutnya, kehidupan sebagai isteri yang menjalani hubungan jarak jauh dengan suami hampir dua tahun sambil menjaga empat orang anak bukanlah perkara mudah.
Namun, beliau bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga termasuk mentua yang sentiasa membantu menjaga anak-anak apabila saat dirinya sedang sakit.
Aila turut menjelaskan keputusannya untuk tetap bekerja adalah kerana enggan membiarkan suaminya menanggung beban sepenuhnya terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
"Bagi saya, tak adil saat saya tidur lena suami sedang kerja keras cari nafkah demi anak bini dia.
"Saya selalu menangis bila duit suami habis banyak untuk bayar komitmen.
"Dia sanggup tak ada duit belanja asalkan kami selesa. Itu yang buat saya nekad untuk turut mencari pendapatan," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
