‘Kadang rasa nak berhenti berlakon’, Fasha Sandha sebak anak bongsu menangis tak lepas pelukan, enggan ditinggal


  • Bonda
  • Khamis, 11 Dis 2025

Situasi yang dihadapi Fasha Sandha apabila anak bongsunya enggan ditinggalkan baru-baru ini. — Threads/Fasha Sandha

PELAKON terkenal, Fasha Sandha meluahkan rasa sebak apabila mengakui kesibukan kerjaya menyebabkannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga.

Situasi itu turut dikongsikan menerusi hantaran video di akaun Threadsnya baru-baru ini.

Dalam video sama, Fasha dilihat cuba menenangkan anak bongsunya, Aisha Amaira yang tidak mahu berpisah dengannya ketika keluar untuk bekerja.

BACA LAGI: Ibu pilih ‘me time’ di spa, anak usia setahun mulut berbuih, sawan dibiarkan dalam kereta lebih 2 jam sebelum maut

BACA LAGI: Diberhentikan kerja 'live host' sebab telefon rosak, wanita syukur mak mentua sanggup teman berniaga tepi jalan

 

 

"Maaf, saya bekerja terlalu kuat. Ibu harap dapat luangkan masa dengan awak sayang.

"Inilah akibat selalu keluar Subuh (anak masih tidur) dan balik tengah malam (anak sudah tidur).

"Kadang-kadang rasa nak berhenti berlakon sebab masa memang tak pernah cukup, tetapi ini kerjaya saya," katanya.

Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, pada masa sama menyifatkan situasi tersebut akan menjadi momen dan kenangan bermakna buatnya kelak.

Untuk rekod, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramii Rizal Ashram, 13, dan Putri Rasyha Jemyma, 11, hasil perkahwinan pertamanya dengan Jejai.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon, Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram