KEBAKARAN di sebuah kondominium di Mont Kiara, Kuala Lumpur mengakibatkan seorang mangsa maut, kata pihak berkuasa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, kebakaran berlaku pada Rabu malam itu menyambar sebuah unit di tingkat 26 bangunan berkenaan.
BACA LAGI: Letak bom palsu di rak kedai serbaneka, polis Manjung tahan suspek
BACA LAGI: Kebajikan polis lebih terjamin, PDRM mampu miliki aset terkini jika wujud kementerian khas — VPOL
"Operasi memadam kebakaran dan menyelamat telah dijalankan serta-merta tetapi pasukan berdepan kesukaran akibat kerosakan sistem pencegahan kebakaran bangunan.
"Pasukan itu terpaksa menggunakan dua pam air mudah alih dan pam jentera bomba untuk menyalurkan air ke unit terbabit," katanya.
Anggota bomba menemui mayat lelaki yang melecur di seluruh badannya di balkoni unit berkenaan, namun identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.
Api berjaya dipadamkan pada pukul 2.03 pagi, tetapi unit kondo tersebut musnah sepenuhnya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
