Mampu pikat kedatangan pelancong China, pengusaha bisnes dari rumah Kampung Chempaka harap lesen perniagaan MBPJ


  • Bisnes
  • Selasa, 09 Dis 2025

Kampung Chempaka di Petaling Jaya terletak di celah pembangunan industri dan campuran seperti Sunway Mas, Aman Suria dan Taman Mayang. — The Star

SIAPA sangka di Kampung Chempaka, Petaling Jaya, peniaga kecil di situ terpaksa berdepan konflik dengan undang-undang pengezonan selama berdekad-dekad lamanya.

Ditubuhkan pada 1969 selepas rusuhan 13 Mei, kampung itu terletak di celah pembangunan industri dan campuran seperti Sunway Mas, Aman Suria dan Taman Mayang.

Menjadi nadi kepada 9,000 penduduk dalam kawasan seluas 39.85 hektar, terdapat pelbagai perniagaan keluarga yang beroperasi dari rumah dengan kebanyakannya tanpa lesen daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

BACA LAGI: 'Nak sukses dalam bisnes? Tengok siapa pasangan kita', ‘partnership’ boleh bina atau hancurkan legasi

BACA LAGI: Elak silap bayar dan tak pening audit, ini 5 cop penting pemilik bisnes kena ada

Kampung Chempaka pilot project on senior entrepreneurs this is part of the Senior care plan by MBPJ

Kampung Chempaka di Petaling Jaya wujud sejak tahun 1968 selepas peristiwa 13 Mei.

Menurut Ahli Majlis kawasan, John Leong, isu utama ialah tanah di kawasan itu diwartakan sebagai kediaman sahaja, sekali gus meletakkan perniagaan turun-temurun di situ dalam keadaan tidak jelas.

Penyelesaian sementara

Bagi menangani konflik itu, Leong memulakan projek perintis bersama MBPJ dengan kira-kira 40 perniagaan kecil, dan berjaya mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) selama setahun dari Jun 2024 hingga Jun 2025.

“Projek ini berjaya. Kini kita perlukan pelan jangka panjang,” katanya.

Ketua Kampung Chempaka, Theresa Lim pula menekankan nilai komuniti yang dibawa oleh perniagaan dari rumah terutama kepada penduduk rentan.

Kedai jahit Ren Ren Tailor milik Pang Lam antara perniagaan tertua di Kampung Chempaka.

Beliau turut menyorot harga makanan yang masih mampu milik.

“Kami masih ada nasi ayam RM5 di sini. Harga ini boleh diberikan kepada pelanggan kerana peniaga menjalankan bisnes dari bawah rumah dua tingkat selain bahan mentah dibeli dari pasar kampung,” katanya.

Lim berkata, peniaga harus diberikan lesen kerana mereka menjana pendapatan, menyediakan makanan mampu milik dan menarik pelanggan luar, selain membantu warga emas yang hidup bersendirian.

Antara perniagaan tertua ialah kedai jahit Ren Ren Tailor milik Pang Lam, 83, yang sudah 60 tahun beroperasi.

Kedainya itu ibarat kapsul masa dengan peralatan lama seperti mesin jahit dan bangku berusia lebih 40 tahun. Pang tinggal dan bekerja di rumah pusaka mentuanya.

“Saya tidak lagi ambil tempahan seluar lelaki yang rumit. hanya buat ubah suai,” katanya.

Kampung chempaka pilot project on senior entrepreneurs this is part of the Senior care plan by MBPJ

Nick mewarisi Kedai Kopi Hoonky di Kampung Chempaka daripada bapanya. 

Dia mengimbas semula awal pembinaan Kampung Chempaka.

“Waktu itu, orang ambil kayu dari sekolah lama di Setapak dan bina rumah di Kampung Chempaka. 

“Kelana Jaya dulu kawasan pelupusan sampah. Kalau bayar orang pun, mereka tak mahu pindah sebab terlalu jauh dari Kuala Lumpur,” katanya.

Pang berharap para peniaga di situ akan mendapat  lesen kekal.

“Bisnes ini beri saya tujuan dan semangat. Kalau (dapat lesen), ia seperti mimpi jadi kenyataan. Tak perlu lagi jelaskan kepada pihak berkuasa mengapa kami tiada lesen sejak kampung ini dibina lagi,” katanya.

Perniagaan keluarga tarikan kampung

Bagi Nick Tan, 44, dia mewarisi Kedai Kopi Hoonky daripada bapanya. Keluarganya sudah 60 tahun tinggal dan berniaga di kampung itu.

“Kami tinggal di atas dan berniaga di bawah dari 8 pagi hingga tengah malam. Warga emas yang datang lewat malam mahu kedai dibuka lama,” katanya.

Kampung Chempaka pilot project on senior entrepreneurs this is part of the Senior care plan by MBPJ

Kampung Chempaka menjadi nadi kepada 9,000 penduduk dalam kawasan seluas 39.85 hektar. 

Kedainya terkenal kerana harga yang murah.

“Nasi ayam kami RM5 antara yang termurah di kawasan ini.

“Kami juga terima pelancong dari China yang datang menikmati masakan panas dan tumis. Kampung ini ada tarikannya sendiri,” katanya.

Namun, seperti peniaga lain, lesen menjadi isu.

“Kami diberitahu ini kawasan kediaman, jadi proses lesen rumit. Tapi saya harap ada jalan tengah untuk atasi masalah ini,” katanya.

Generasi muda kekalkan identiti kampung

James Low, 33, mewakili generasi baharu dengan membuka kafe moden, James Coffee, selepas menukar rumah lama milik ibu saudaranya dengan bajet terhad.

“Saya generasi muda kampung ini. Hati saya memang di sini,” katanya.

Kampung Chempaka pilot project on senior entrepreneurs this is part of the Senior care plan by MBPJ

James Low mengusahakan kafe moden, James Coffee di Kampung Chempaka. 

Kafe di bawah pengendalian tenaga mudanya itu berjaya menarik pelanggan antarabangsa.

“Pengunjung saya datang dari United Kingdom, Singapura selain turut menerima pelanggan tempatan. 

"Saya guna biji kopi premium dan harap tarik lebih ramai orang ke kampung,” katanya yang turut menekankan kelestarian.

“Saya hanya jual kopi dan gunakan hampas kopi sebagai baja. Saya tidak mahu mencemarkan kampung,” katanya sambil menambah beliau juga memohon kelulusan MBPJ.

Leong berkata, MBPJ perlu fleksibel kerana ramai keluarga tinggal di tingkat atas dan berniaga di bawah.

“Ini dapat mengurangkan kos perniagaan kerana mereka tak perlu sewa dua premis,” katanya, sambil menambah harga makanan yang lebih murah sangat membantu penduduk.

Penduduk terutamanya warga emas tak perlu keluar jau kalua mahu berjalan ke kedai berdekatan.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon, mengesahkan MBPJ akan meneliti perkara itu secara terperinci agar keputusan mengenai pengezonan dibuat mengikut undang-undang. — The Star/ SHEILA SRI PRIYA

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram