Penghargaan SARA RM100 hampir 'expired', gunakan sebelum 31 Disember 2025


  • Bisnes
  • Jumaat, 05 Dis 2025

Ramai mula mengambil kesempatan menghabiskan baki kredit Penghargaan SARA sebelum tamat tempoh. –KAMARUL ARIFFIN/TheSta

KREDIT one-off Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun bakal tamat tempoh tak lama lagi yang mana, selepas 31 Disember, ia tidak boleh digunakan.

Di Threads, ramai penerima SARA RM100 berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan baki kredit bantuan tersebut sebelum tarikh luput hujung tahun ini.

Ada yang sudah menggunakannya dengan berbaki beberapa ringgit lagi, dan tak kurang juga yang belum berbelanja kerana menunggu hingga saat-saat akhir.

BACA LAGI: 'Surau cantik, selesa macam rumah,' ruang solat di stesen minyak R&R Tanjung Malim beri impak positif kepada bisnes

BACA LAGI: Akaun Touch 'n Go kena 'freeze'?, perunding siber sekuriti jelaskan punca dan langkah keselamatan wajar diambil

Bertam Mydin Mall employees in their preparation before Aug 31.( August 28, 2025 ) — LIM BENG TATT/The Star

“Korang yang dapat Penghargaan SARA RM100 tu dah habis guna ke sebelum tamat tempoh 31 Disember ini? Aku baru saja guna. Tinggal RM0.75," tulis seorang pengguna Thread, _encik.sepet di Thread.

Seorang pengguna lain, f4.1z turut berkongsi pengalamannya yang menggunakan Penghargaan SARA RM100 pada saat-saat akhir.

“Memandangkan ni bulan terakhir boleh guna, saya suruh isteri penuhkan troli dengan barang," katanya.

Dia yang pada masa sama merupakan penerima bantuan MyKasih SARA secara bulanan turut mengambil peluang membelanjakan bantuan tanpa tunai yang dikreditkan secara automatik itu.

Di media sosial, ramai mula memberi cadangan barang terbaik untuk dihabiskan menggunakan baki SARA.

Rata-rata mencadangkan barangan asas yang tahan lama dan boleh disimpan sebagai stok.

Antara saranan popular termasuklah ubat gigi, syampu, sabun mandi, sabun pencuci baju, bahan pencuci rumah dan makanan dalam tin untuk stok kecemasan.

Ada juga yang mencadangkan pembelian barangan kering atau stok pantri seperti beras, minyak masak, sos, kicap, mi segera, biskut, tepung, susu pekat manis dan sebagainya.

Tidak kurang yang mencadangkan ubat-ubatan seperti panadol.

Untuk rekod, Penghargaan SARA adalah bantuan tunai bernilai RM100 yang diberikan secara one-off (sekali bayar) sempena Hari Kebangsaan dan boleh dimanfaatkan sehingga 31 Disember 2025.

Baki kredit Penghargaan SARA yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan dimanfaatkan bagi program perlindungan sosial lain pada tahun berikutnya.

Dalam pada itu, menerusi pengumuman Bajet 2026, kerajaan mengumumkan semua warga Malaysia dewasa akan menerima bayaran SARA RM100 pada pertengahan Februari 2026 untuk membantu menampung perbelanjaan menjelang Ramadan dan Tahun Baru Cina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram