DUA individu dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah di Taiping, Perak pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Nasir Ismail berkata, pusat kawalan daerah menerima maklumat mengenai insiden itu sekitar pukul 10.30 pagi melalui sistem kecemasan NG MERSS 999 yang melaporkan sebuah pesawat microlight terhempas.
“Susulan maklumat tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah telah digerakkan ke lokasi untuk melakukan pemantauan serta penilaian awal.
BACA LAGI: Elak sistem 'crash', MyKasih dinaik taraf khusus SARA 2.0
“Pemantauan berterusan akan diteruskan dan perkembangan akan dikongsi dengan agensi berkaitan bagi memastikan kawalan risiko yang berkesan serta keselamatan penduduk berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya lagi, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut. — The Star/MANJIT KAUR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
