KERAJAAN sedang meningkatkan keupayaan sistem pelayan serta mengurangkan kesesakan di premis peruncit bagi memastikan rakyat menikmati pengalaman lebih lancar ketika menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekali bayar bagi pusingan kedua, menurut Kementerian Kewangan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, jumlah peruncit yang mengambil bahagian turut bertambah, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku kesesakan seperti yang dialami dalam pelaksanaan pertama.
“Bagi memperbaiki pengalaman rakyat dalam pusingan kedua, kapasiti pelayan telah dipertingkat untuk mengatasi isu yang timbul sebelum ini.
BACA LAGI: Penghargaan SARA RM100 hampir 'expired', gunakan sebelum 31 Disember 2025
BACA LAGI: Diangkat sebagai titik kebangkitan Sabah, Kim Swee antara ikon Sang Badak kenang jasa Bung Moktar
“Jumlah peruncit kini melebihi 8,000 termasuk lebih 2,000 kedai runcit kecil,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan SARA RM100 sekali bayar melalui sistem MyKasih akan diagihkan kepada semua rakyat dewasa bermula Februari 2026.
Pelaksanaan pertama pada 31 Ogos lalu menyaksikan sistem sebelum ini mengalami kesesakan teruk dan gangguan teknikal akibat jumlah transaksi yang terlalu tinggi.
Bantuan SARA bagi pusingan pertama itu sah sehingga 31 Disember.

Pelaksanaan pertama pada 31 Ogos lalu menyaksikan sistem sebelum ini mengalami kesesakan teruk dan gangguan teknikal akibat jumlah transaksi yang terlalu tinggi.
Walaupun sistem kini stabil, pelaksanaan pusingan kedua menimbulkan persoalan sama ada sistem sedia ada mampu menampung lonjakan penggunaan sekali lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan sentiasa mendengar maklum balas rakyat dalam memastikan bantuan yang disediakan dapat diakses dengan mudah.
Bagaimanapun, katanya, sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan SARA akan dibuat oleh Kementerian Kewangan selepas perbincangan dengan kementerian berkaitan.
“Melalui jawatankuasa pemantauan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (Naccol), kami mengumpul pandangan pelbagai pihak untuk menambah baik inisiatif berkaitan kos sara hidup.
“Maklum balas ini disalurkan dari semasa ke semasa kepada Kementerian Kewangan selaku agensi pelaksana Program Bantuan SARA.

Sistem MyKasih akan dinaik taraf bagi pelaksanaan SARA 2.0.
“Setakat ini, respons sangat positif. Antara maklum balas awal ialah cadangan memperluas kategori produk serta permintaan daripada lebih banyak premis runcit untuk turut serta dalam pelaksanaan SARA. Kementerian Kewangan sedang mengambil tindakan,” katanya.
Namun, Armizan tidak mendedahkan kategori produk tambahan yang berpotensi dimasukkan dalam pusingan kedua.
Di bawah sistem MyKasih, pengguna perlu menunjukkan MyKad di kaunter untuk mengesahkan kelayakan sebelum membuat pembelian.
Pada Ogos lalu, kerajaan mengumumkan bantuan RM100 sekali bayar untuk pembelian terpilih kepada 22 juta rakyat Malaysia yang layak.
Gelombang awal penebusan pada 31 Ogos menyebabkan gangguan sistem dan kelewatan, selain beberapa transaksi ditolak serta barisan panjang sehingga ada pengguna terpaksa membayar baki pembelian menggunakan wang sendiri.
Walaupun berdepan masalah teknikal, lebih 1.84 juta penerima menebus barangan bernilai RM118.9 juta antara 31 Ogos dan 1 September. — The Star/ZAKIAH KOYA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
