[VIDEO] Jojo layan Mia bak 'princess' sepanjang di gelanggang, keluarga Ghazali rebut 2 gelaran juara di Stadium Titiwangsa


  • Podium
  • Isnin, 08 Dis 2025

Tangkap layar menunjukkan Jojo setia menemani Mia sepanjang aksi tersebut.

PENGANJURAN Wilayah Pahlawan Kejuaraan Antarabangsa Muay Thai 2.0 (WPIMC) menyaksikan keluarga Ghazali mencuri tumpuan apabila mereka menyapu bersih gelaran yang dipertandingkan pada acara berprestij itu.

Dalam kategori Catchweight, Mia Ghazali tidak berdepan masalah untuk muncul juara selepas menundukkan rakan senegara, Alya Maisara.

Kemenangan itu sekali gus menepati ramalan yang menyifatkan Mia sebagai antara prospek muda paling menyerlah dalam sukan muay thai tanah air.

BACA LAGI: Ibarat deja vu, Nidzam Jamil alami mimpi ngeri sama seperti bersama Selangor

BACA LAGI: [VIDEO] Kata kesat terhadap keluarga sudah melampau, Nidzam Jamil tempelak penyokong skuad Jang

 

 

Mia yang juga merupakan adik bongsu kepada jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mempamerkan aksi bertenaga di hadapan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Manisnya lagi, kemenangan itu turut didorong oleh kata-kata semangat daripada abangnya, Johan atau lebih mesra disapa Jojo.

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Jojo kelihatan setia berada di sisi Mia sepanjang aksi tersebut.

Sebagai abang, Jojo tidak putus-putus memberikan motivasi dan sokongan dan dorongan itu jelas membuahkan hasil apabila Mia berjaya menewaskan lawan senegaranya.

Kegemilangan keluarga itu bertambah manis apabila abang sulung daripada empat beradik, Elias Ghazali turut mengesahkan kejuaraan dalam kategori Super Lightweight Muay Thai Pahlawan Super 4 Championship.

Elias terlebih dahulu mengetepikan Ain Kamarrudin untuk mara ke final sebelum mempamerkan dominasi dengan kemenangan mudah ke atas Asura Thiagesh.

Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang tali pinggang kejuaraan sekali gus menutup malam gemilang keluarga Ghazali di pentas WPIMC 2.0. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram