'Surau cantik, selesa macam rumah,' ruang solat di stesen minyak R&R Tanjung Malim beri impak positif kepada bisnes


  • Bisnes
  • Jumaat, 05 Dis 2025

Keadaan surau yang kemas, selesa dan bersih di stesen minyak Shell di R&R Tanjung Malim. — Threads/ Ariff Azmi

SEORANG pengguna Threads, Ariff Azmi, menarik perhatian ramai selepas berkongsi hantaran mengenai kebersihan dan keselesaan surau di Shell R&R Tanjung Malim.

“Aku sangat respect dan salute pemilik stesen minyak Shell R&R Tanjung Malim,” tulisnya sambil memuji usaha menyediakan ruang solat yang bersih dan selesa untuk para musafir.

Ariff, yang juga Pengarah Al Fateh Digital Sdn Bhd, turut mendoakan agar pemilik stesen minyak berkenaan dikurniakan ganjaran besar di akhirat atas usaha memuliakan rumah ibadah.

BACA LAGI: Perkenal jenama skaf eksklusif Itali, Suria tinggalkan dunia korporat demi impian bina aksesori mewah tempatan

BACA LAGI: Pengusaha roti nan sejuk beku pertahan uli doh guna tangan, jelaskan sebab tak sesuai pakai 'glove'

"Jika beliau Muslim, semoga ALLAH kurniakan istana di akhirat kelak asbab memuliakan dan menyediakan surau selesa untuk orang solat," katanya dalam perkongsian itu pada Jumaat.

Posting Ariff Azmi itu menerima sokongan ramai pengguna yang pernah singgah di lokasi tersebut.

Pengguna bernama Wawa Hamidi berkata, surau itu lengkap membuatkan sesiapa yang singgah untuk solat akan berasa tenang.

“Saya pernah singgah solat isyak dalam pukul 11 malam. Rasa 'hidup' saja walau masa dah lewat. Rasa tenang dan sangat lengkap suraunya. Tahniah pemilik dan pekerja Shell ni,” katanya.

Seorang lagi pengguna, _syafiqk, turut berkongsi rasa kagum serta hormatnya terhadap pemilik stesen minyak yang buat surau cantik-cantik demi keselesaan pengunjung.

"Semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian. Sebagai seorang Islam, pemilik pun tahu, ia (surau) sumber pahala yang sangat besar untuk mereka,” katanya.

Turut bersetuju, pengguna jannahmorat berkata, "Saya pernah singgah sini. Amazed sebab cantik sangat suraunya. Selalu surau di stesen minyak biasa-biasa saja tapi ini extra sangat.”

"Cantiknya macam kat rumah," kata nurulakmarabd.

Ramai berharap lebih banyak premis mengikuti langkah sama dalam menyediakan kemudahan ibadah yang selesa untuk masyarakat. 

Selain menjadi satu bentuk ibadah, penyediaan surau yang bersih dan selesa juga memberi impak positif kepada bisnes.

Surau yang kemas dan terjaga bukan sahaja meningkatkan imej profesional sesebuah stesen, tetapi juga membuat pelanggan lebih cenderung untuk mengisi minyak, membeli makanan, atau berehat lebih lama, sekali gus meningkatkan jualan keseluruhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram