Akaun Touch 'n Go kena 'freeze'?, perunding siber sekuriti jelaskan punca dan langkah keselamatan wajar diambil


  • Bisnes
  • Rabu, 03 Dis 2025

Penggunaan eDompet sesuai untuk transaksi harian dan bukan bagi simpanan amaun duit yang besar. — Gambar hiasan

KEBELAKANGAN ini, semakin ramai pengguna mengadu bahawa akaun Touch ‘n Go (TNG) eWallet mereka tiba-tiba dibekukan (freeze) tanpa amaran jelas. 

Ada yang mendakwa wang berjumlah RM1,000 hingga RM20,000 terperangkap dalam eDompet dan tidak boleh dikeluarkan.

Situasi tersebut membuatkan ramai panik kerana tidak mendapat respons pantas daripada khidmat sokongan pelanggan.

Berikut adalah penjelasan ringkas, punca utama dan langkah pencegahan berdasarkan perspektif keselamatan siber yang dikongsikan Perunding Keselamatan Siber, Muhammad Ariffin di Threads.

BACA LAGI: Kad Touch ‘n Go tamat tempoh? Ramai tak tahu rupanya masih boleh 'refund' baki

BACA LAGI: Import lembu Australia, Mersing mula jalan projek hab tenusu skala besar cecah RM80 juta

Kenapa akaun TNG eWallet kena freeze?

Berdasarkan laporan pengguna dan pencerahan ringkas daripada pihak TNG, kebanyakan kes melibatkan faktor keselamatan berikut:

1. eKYC tak lengkap atau gagal verifikasi

Jika swafoto tidak jelas, MyKad tidak sepadan, atau maklumat tak konsisten, sistem akan terus tandakan akaun sebagai berisiko.

2. Aktiviti disyaki mencurigakan

Ia termasuk transaksi luar kebiasaan, pattern login tak normal atau cubaan akses yang mencurigakan.

3. Buka banyak akaun menggunakan MyKad sama

Sistem TNG kini sangat ketat. Jika wujud duplication identity, semua akaun boleh dibekukan untuk disiasat.

4. Login daripada peranti risiko tinggi

Peranti yang dianggap ancaman keselamatan seperti 'telefon rooted', 'iPhone jailbreak', 'emulator' dan 'app cloning' akan menyebabkan sistem keselamatan TNG secara automatik menyekat akses.

5. Akaun terlalu lama tak aktif (dormant)

Akaun yang lama tidak digunakan juga berisiko mendapat sekatan sementara untuk tujuan verifikasi semula.

Bagaimana nak elak akaun dibekukan?

1. Pastikan eKYC lengkap dan bersih

Ini bermakna swafoto yang dirakam terang, MyKad tidak silau selain butiran maklumat sama seperti MyKad

2. Jangan login menggunakan peranti modifikasi

Elakkan peranti seperti 'rooted / jailbreak', 'dual space / clone app', 'emulator Android dan 'mod apps'.

Ia akan mencetuskan 'security lock' hampir serta-merta.

3. Jangan buka banyak akaun guna MyKad sama

Sebaik-baiknya satu identiti digunakan bagi satu akaun sahaja. 

4. Jangan simpan jumlah wang besar dalam eWallet

eWallet tidak sama seperti akaun bank. Simpan untuk kegunaan harian sahaja, supaya jika akaun dibekukan, kerugian adalah minimal.

5. Jika jarang guna, login sekali-sekala

Akaun dormant (jarang digunakan) cenderung dikenakan verifikasi tambahan.

Apa perlu buat jika akaun sudah dibekukan?

1. Sahkan identiti semula (reverify)

2. Hubungi support terus melalui aplikasi

3. Sediakan dokumen seperti MyKad (depan dan belakang), swafoto, tangkap layar transaksi terakhir

4. Follow up setiap 24 hingga 48 jam

5. Jangan buat banyak tiket, ia sebenarnya melambatkan proses

Kesimpulannya, eWallet mudah, tapi tetap berisiko. Jadi, jangan samakan eWallet seperti bank. Ia selamat, tetapi tidak direka untuk simpanan besar atau jangka panjang.

Gunakan untuk transaksi harian sahaja dan sentiasa pastikan akaun anda mematuhi standard keselamatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram