PENGGUNA kad Touch ‘n Go (TNG) diingatkan supaya tidak membuang kad yang telah tamat tempoh kerana baki yang masih ada boleh dituntut semula melalui proses bayaran balik di portal TNG.
Menurut perkongsian seorang pengguna di Threads, Lukman Abdullah di akaun @jrknz, proses itu boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter.
BACA LAGI: Import lembu Australia, Mersing mula jalan projek hab tenusu skala besar cecah RM80 juta
BACA LAGI: Pengusaha roti nan sejuk beku pertahan uli doh guna tangan, jelaskan sebab tak sesuai pakai 'glove'
Berikut langkah-langkah membuat tuntutan bayaran balik kad tamat tempoh:
1. Daftar akaun di portal TNG
Pengguna perlu mendaftar akaun di portal rasmi Touch ‘n Go.
2. Tambah kad baharu atau lama
Klik pada pilihan 'Add Card' dan masukkan nombor siri kad TNG yang telah tamat tempoh.
3. Mohon bayaran balik melalui fungsi penamatan (termination)
Pilih menu 'Refund > Termination' dan isi maklumat peribadi yang diminta.
4. Pemprosesan bayaran
Selepas permohonan dihantar, baki akan dipulangkan ke akaun DuitNow pengguna dalam tempoh sekitar 3 hingga 4 hari bekerja, bergantung kepada semakan pihak TNG.
Bagaimanapun, Touch ‘n Go kini mewajibkan proses Know Your Customer (KYC) bagi tujuan pengesahan identiti.
Pengguna lazimnya akan menerima e-mel meminta dokumen tambahan seperti swafoto bersama kad pengenalan untuk memastikan tuntutan dibuat oleh pemilik sebenar.
Ramai pengguna turut berkongsi bahawa mereka telah beberapa kali memperoleh bayaran balik tanpa masalah, menunjukkan proses tersebut semakin dipermudah bagi mengelakkan kerugian kepada pemilik kad tamat tempoh.
Orang ramai digalakkan menyemak kad lama masing-masing sebelum dibuang kerana baki kecil sekalipun masih boleh dikembalikan melalui saluran rasmi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
