SATU adegan seperti dalam filem aksi Hollywood telah berlaku di sebuah bandar di Turkiye.
Seorang lelaki yang diburu polis Turkiye di Hatay kerana kes penipuan telah melarikan diri selama lebih tiga tahun, lapor The Telegraph.
Namun, setelah polis berjaya mengesan lokasinya, mereka merancang tangkapan dengan cara yang sangat licik.
BACA LAGI: Jasad penyelia pembinaan hanyut ditemukan 45km dari Pintasan Saloma
BACA LAGI: Bukan peperiksaan semata-mata, KPM tegaskan SPM tidak akan dimansuh — Fadhlina Sidek
Menurut laporan, seorang pegawai polis menyamar sebagai penghantar makanan dan memakai topi keledar sambil berdiri di depan pintu pangsapuri yang didiami suspek.
Untuk meyakinkan suspek, polis tersebut menjerit dari luar seolah-olah menghantar makanan yang ditempah.
Sebaik sahaja pintu dibuka, pegawai polis berpakaian seragam lain yang menunggu di luar pintu rumah terus menyerbu masuk dan menahan lelaki tersebut.
Difahamkan, suspek sebelum ini pernah dipenjara dan menjalani hukuman 77 tahun atas kes penipuan sebelum dibebaskan dan kini kembali dikehendaki polis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
