Bukan peperiksaan semata-mata, KPM tegaskan SPM tidak akan dimansuh — Fadhlina Sidek


  • Massa
  • Jumaat, 21 Nov 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) ketika ditemui dalam podcast Kerusi Biru baru-baru ini.

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah merancang untuk memansuhkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disifatkannya sebagai kelayakan tamat persekolahan paling penting dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, kekeliruan timbul berikutan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), namun kedua-dua pentaksiran itu tidak wajar dikaitkan dengan SPM kerana fungsi serta matlamatnya berbeza.

“UPSR adalah ujian, manakala PT3 pula merupakan pentaksiran, tapi SPM adalah sijil, itu beza yang sangat besar.

BACA LAGI: Mahkamah Tinggi tolak permohonan gali semula kubur pegawai kadet Palapes UiTM

BACA LAGI: [VIDEO] Hampir 50,000 kes remaja bawah 19 tahun hamil dalam tempoh 5 tahun

"Ada orang kata kalau SPM tak penting, mansuhkan SPM tapi SPM masih penting kerana ia merupakan sijil tertinggi dan kekal sebagai pensijilan tertinggi dalam sistem persekolahan Malaysia.

“KPM sedang berusaha mencapai keseimbangan antara pentaksiran berterusan dan standard di peringkat kebangsaan,” katanya dalam podcast Kerusi Biru baru-baru ini.

Fadhlina turut menegaskan bahawa pendekatan penilaian masa kini tidak hanya bergantung kepada peperiksaan semata-mata kerana setiap murid mempunyai bakat serta kecenderungan berbeza yang perlu dikenal pasti secara lebih menyeluruh.

“Matlamat kita bukan menghapuskan peperiksaan, sebaliknya memastikan wujudnya sistem yang lebih adil dengan mengambil kira kepelbagaian keperluan pelajar,” katanya.

Terdahulu, Profesor Universiti UCSI, Tajudin Rasdi pernah menyatakan pandangan bahawa SPM semakin kurang relevan dalam sistem pendidikan semasa memandangkan kewujudan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) yang dianggap lebih praktikal untuk pembangunan masa depan pelajar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram