Cedok gambar kemudian jana AI 'Ghibli style', video muzik penerbitan stesen TV dikritik


  • Massa
  • Selasa, 18 Nov 2025

Perbandingan gambar asal dengan janaan semula dalam bentuk animasi menggunakan AI dalam video muzik 'Cinta Negara, Selamanya'.

SUDAH menjadi kebiasaan apabila satu-satu lagu akan mempunyai video muziknya sendiri untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Dengan era kecerdasan buatan (AI), ada yang menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan video muzik kepada lagu mereka.

Namun begitu, penggunaan AI tanpa semak boleh mengundang kesilapan sekali gus menyebabkan video yang dihasilkan menjadi sasaran kritikan.

BACA LAGI: Digital Sabah RM2 bilion: MCMC jamin bukan sekadar janji atas kertas

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan ulangi semula ‘Stairway to Heaven’ gagal, syarikat automatif China mohon maaf

Dalam perkongsian oleh Dome Nikong di Facebook, dia menyatakan kekecewaan terhadap video muzik yang dihasilkan oleh salah sebuah stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk sebuah lagu.

Dengan memakai janaan AI, video muzik 'Cinta Negara, Selamanya' dendangan Stacy dan Orkestra RTM tersebut bagaimana pun menggunakan mencedok gambar seseorang hingga ia dijana semula menggunakan teknologi itu.

Kata Dome, dia terlihat seorang figura terkenal dalam bidang botani iaitu Dr Chris Thorogood yang wajahnya dijanakan semula ke dalam bentuk animasi menerusi AI.

"Saya ada menonton satu video klip animasi AI yang baharu sahaja di siarkan oleh RTM melalui laman Youtube mereka.

"Pada saat ke-32, saya melihat figura yang saya kenali di dalam animasi tersebut. Dia adalah Dr. Chris Thorogod, Penyelidik dan Timbalan Pengarah, Jabatan Sains, Universiti Oxford.

"Watak animasi tersebut dijana dari gambar asal Dr Chris yang dirakam di Indonesia dan beliau tidak mengetahuinya sehinggalah saya memberitahunya semalam (Isnin)," jelasnya.

Menurut Dome, dia jelas berasa malu apabila stesen televisyen tempatan dengan mudah mencedok gambar asal dan menukarnya menjadi animasi melalui AI.

"Agak memalukan bagi saya jika inilah identiti cinta negara yang hendak ditonjolkan oleh pihak terbabit.

"Adakah negara sudah mengalami kepupusan pakar-pakar animasi seiring pupusnya pelbagai spesies tumbuhan?," soalnya. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram