CADANGAN mengenakan caj kepada kenderaan yang memasuki kawasan Genting Highlands perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana dikhuatiri memberi kesan kepada jumlah pelancong, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, jika kadar caj ditetapkan terlalu tinggi, pelancong berkemungkinan memilih lokasi lain yang tidak mengenakan bayaran atau menggunakan laluan alternatif yang merupakan jalan umum dan bukan jalan persendirian, lapor Buletin TV3.
“Itu risiko yang perlu mereka ambil. Pada pandangan saya, pekerja di kawasan tersebut tidak sepatutnya dikenakan caj.
BACA LAGI: 'Ini ke yang diajar pada anak kita?' Tayangan kartun kurang senonoh undang kebimbangan ibu bapa
BACA LAGI: [VIDEO] Suami isteri maut, bayi 6 bulan cedera nahas di Kota Tinggi
"Pemilik tanah lain termasuk pengusaha hotel yang bukan milik Genting juga perlu dirundingkan. Sebagai contoh, Institut Aminuddin Baki berada dalam kawasan itu dan tidak wajar dikenakan caj.
"Laluan dari Batang Kali yang merupakan laluan umum juga tidak patut dicaj,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahmad Maslan menjelaskan bahawa hanya pengunjung yang memasuki kawasan peranginan berkenaan untuk tujuan rekreasi wajar dikenakan caj.
Sebaliknya, pengguna yang melalui kawasan tersebut atas urusan sosial atau kerja tidak seharusnya dibebankan.
Sebelum ini, Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan mengenakan caj kepada kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands dengan tarikh pelaksanaan bakal diumumkan kemudian.
Kementerian Kerja Raya (KKR) turut memaklumkan bahawa laluan ke Genting Highlands bukan Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian sekali gus memberi hak kepada pemilik untuk menetapkan struktur caj. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
