TULAR di media sosial apabila salah seorang pengguna media sosial mendakwa sebuah kartun popular kanak-kanak, Santiago of the Seas memaparkan babak yang didakwa budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) ketika disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Perkara itu mula menjadi perbualan selepas seorang pengguna Threads, @bypurnama, memuat naik hantaran mendakwa dia terkejut melihat babak dua watak lelaki bercium ketika menonton kartun tersebut bersama anaknya.
"Tadi layan kartun dengan anak aku, terkejut tiba-tiba dua ekor jantan bercium. Tak sempat snap gambar, tapi boleh cari di Google.
"Macam mana cerita macam ini boleh masuk dalam siaran? Kerajaan tak tapis pula itu. Mohon pihak R** tapis sikit, kita negara Islam bukan negara LGBT,” tulisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Suami isteri maut, bayi 6 bulan cedera nahas di Kota Tinggi

Kartun popular kanak-kanak, Santiago of the Seas memaparkan babak yang didakwa berunsur LGBT.
Hantaran yang tular itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya yang bimbang kandungan sebegitu dapat mempengaruhi penonton cilik.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff turut tampil mendesak penjelasan daripada pihak berkuasa berkaitan.
Menurutnya, dakwaan tersebut perlu dipandang serius memandangkan R** berada di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan menjadi platform tontonan utama rakyat.
"Seorang pengguna Threads dakwa pagi tadi (Ahad) ketika tengok kartun Santiago of the Seas di TV, ada babak LGBT.
"Hasil semakan aku, memang cerita ini disiarkan setiap Ahad pukul 10 pagi. Kalau betul dakwaan dia, akhirnya apa yang kita bimbang akan berlaku, telah berlaku.
"Inikah yang nak diajar kepada anak-anak kita? Budaya songsang yang kita tentang habis-habisan, kini masuk dalam rumah kita menerusi kaca televisyen.
"Dikatakan cerita ini disiarkan pagi tadi bukan kat Netflix tapi dalam T** milik R** yang dimiliki oleh kerajaan bawah Kementerian Komunikasi. Saluran yang ditonton oleh rakyat marhaen.
"Menteri sila beri penjelasan. Salam Hormat daripada Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff," katanya.
Setakat ini, belum ada sebrang kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi berhubung dakwaan yang sedang tular itu.
Kisah tersebut terus menarik perhatian warga maya yang mendesak agar proses tapisan kandungan diperketatkan terutama bagi rancangan yang disasarkan kepada kanak-kanak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
